Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun memaklumkan dirinya telah mendapat kelulusan hak penjagaan terhadap anak angkat lelakinya, Hamdee Abdul Hafiz.
Hafiz atau nama sebenarnya, Mohammad Hafiz Hamidun berkongsi khabar gembira itu menerusi satu hantaran terkini yang dimuat naik di akaun Instagram.
Selain berkongsi khabar gembira itu bersama peminat, penyanyi berusia 38 tahun ini turut meluahkan rasa syukur kerana proses berkenaan berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, setelah lebih 2 tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya. Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara pun dipermudahkan. Syukur.
“Terima kasih kepada semua yang terus doakan Hamdee, semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang yang sempurna sampailah dewasa nanti,” tulisnya.
Gambar</p
Imbas kembali, Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.
Selepas dua tahun bergelar duda, Hafiz mendedahkan dirinya telah mengambil seorong anak angkat lelaki yang diberi nama Hamdee Abdul Hafiz, pada 10 Mac 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hafiz Hamidun