“Secara Sukarela Mengundurkan Diri Bagi…,” – Nabil & Neelofa Tarik Diri Pencalonan AME 2019

Share

Pengacara program MeleTOP, Neelofa dan Nabil Ahmad membuat pengumuman dengan mengundurkan diri daripada pencalonan Anugerah Meletop 2019 (AME 2019).

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad.

“Saya sebenarnya ada satu pengumuman penting yang tidak pernah berlaku di dalam MeleTOP sebelum ini.

“Untuk tahun ini, dua ikon yang besar dalam AME iaitu Nabil dan juga Neelofa mengundurkan diri daripada semua kategori yang telah dipertandingan pada awalnya.

“Mereka mengambil keputusan ini secara sukarela untuk mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada artis lain untuk bertanding,” katanya yang turut menghormati keputusan dua bintang berkenaan.

Bagaimanapun, Nabil dan Neelofa masih kekal sebagai pengacara pentas AME 2019, bersama Jihan Muse.

Bertemakan Glam, AME 2019 bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 21 April 2019 depan jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Acara ini juga boleh diekses menerusi program Live Streaming AME 2019 yang disiarkan menerusi platform digital saluran YouTube MeleTOP, Astro Go, NJOI Now dan On Demand hari sama bermula 8.30 malam.

Foto: Instagram MeleTOP, Neelofa

Published by
Rafiq Mazlan