Selepas menimbulkan persoalan berkait status hubungan, Harris Alif memuat naik sekeping foto berpakaian sedondon bersama rakan pelakon, Intan Ladyana.
Malah kapsyen yang ditulis seolah-olah mengiyakan hubungan yang sebagaimana yang ditelah peminat.
“Second raya wit (with) ❤,” tulis Harris.
Bagaimanapun menjengah ke ruang Instagram Intan, tiada sebarang muat naik foto bersama dan pelakon itu.
Malah, tidak juga memberikan reaksi pada foto yang dikongsi berkenaan.
Sementara netizen pula masih mempersoalkan status hubungan kedua-duanya seterusnya mendoakan yang terbaik.
Nor Harris Alif Nor Rashidi merupakan seorang pelakon yang aktif sejak zaman kanak-kanak dan turut aktif sebagai penyanyi.
Sekadar info, Harris berumur 21 tahun manakala Intan pula kini mencecah 38 tahun.
Foto : Instagram Harris Alif
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rancang Untuk Terus Berjumpa,” – Kim Kardashian Rasmi Bercinta Dengan Pete Davidson
Kes perceraiannya dengan Kanye West mungkin masih lagi di dalam proses mahkamah. Namun ini tidak menghalang Kim Kardashian untuk mencari kebahagiaan buat dirinya. Desas desus bibit percintaannya dengan Pete Davidson mula dihidu ramai apabila gambar mereka sedang bermain rollercoaster bersama tersebar.
Kini menurut sumber E! Online, pasangan ini sudah mula membawa hubungan mereka lebih dari sekadar kawan. Bintang realiti yang kini berusia 41 tahun itu dilihat serius dan gembira dengan perkembangan perhubungannya bersama hos & pelawak rancangan Saturday Night Live berusia 28 tahun itu.
Umur bukanlah penghalang, perbezaan 13 tahun umur mereka hanyalah sekadar nombor. Kematangan dalam perhubungan jauh lebih penting dari menilai jarak umur.
Menurut sumber lagi, Pete berkongsi yang dia tidak mahu ‘berjumpa’ dengan sesiapa selain dari Kim. Manakala Kim pula memberitahu yang dia tidaklah serius namun dia juga tidak mahu ‘berjumpa’ sesiapa yang lain, seolah-olah cuba menunjukkan yang dia tidak menjadikan perkara itu sesuatu yang besar walhal dia sangat sukakan Pete.
Menjadikan desas-desus ini lebih sahih apabila Kim dilihat membawa Pete berkunjung ke kediaman ibunya, Kris Jenner yang terletak di Palm Spring. Tindakan itu dilihat sebagai satu petanda besar, dan semua orang berasa gembira untuk mereka.
Walaupun jarak rumah mereka jauh yang mana Pete berada di New York manakala Kim pula tinggal di Los Angeles, menurut sumber pasangan kekasih ini cuba menjadikan jarak sebagai bukan penghalang dan mahu terus berjumpa di antara satu sama lain.
Untuk informasi pembaca, Kim Kardashian memiliki empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama Kanye West. Manakala, Pete pula tidak pernah berkahwin namun pernah bercinta dengan figura popular seperti Kate Beckinsale, Arian Grande dan Kaia Gerber.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: E! Online
Sumber gambar: Instagram Pete Davidson & Kim Kardashian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Komposer, Sudah Tentu Nak Nyanyi,” – Ernie Zakri Bukan Sengaja Tarik Diri Di SFMM38, Ada Kekangan
Pihak syarikat rakaman, Universal Music Malaysia tampil memberikan penjelasan mengenai penyanyi dibawah naungan mereka, Ernie Zakrie yang dikatakan sengaja tidak mahu menyanyikan lagu Astana di Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM).
Menerusi satu kenyataan, Universal Music Malaysia memaklumkan Ernie tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pencalonan dan penyertaan lagu Astana sepertimana yang dilaporkan dalam beberapa media.
Pada masa sama, Ernie yang juga merupakan komposer lagu tersebut turut menafikan dakwaan berkenaan
Jelas Ernie, dia mahu menyanyikan sendiri lagu tersebut namun terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.
“Saya adalah penyanyi asal dan komposer lagu ini. Sudah tentu saya nak menyanyikan lagu ini. Malah, tidak pernah cakap saya tak nak nyanyi atau tarik diri.
“Namun, disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak RIM dan MPB, ia menjadi penghalang untuk saya mempersembahkan lagu ini pada Separuh Akhir Muzik Muzik 38,” katanya.
Sementara itu, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.
Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan.
“Banyak ahli kami yang terdiri dari syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa tidak mencalonkan rakaman lagu artis mereka dalam program Muzik Muzik tahun ini kerana tidak bersetuju dengan klausa tertentu dalam borang pencalonan lagu program itu.
“Kami sudah mengadakan sesi dialog bersama pihak pengurusan tertinggi Media Prima mengenai perkara ini pada awal Ogos tahun ini dan sudah mengetengahkan klausa bermasalah dalam borang pencalonan tersebut buat perhatian mereka.
“Walaubagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum dapat penyelesaian yang memuaskan sepenuhnya berhubung perkara ini dan berharap dapat mencapainya dengan segera untuk klausa dan isu berkenaan”, katanya.
Terdahulu, peminat meluahkan rasa kecewa selepas Ernie tidak muncul sewaktu lagu Astana diumumkan antara 30 buah lagu yang tercalon di SFMM38.
Sebaliknya, penyanyi, Nadeera telah dipilih untuk menggantikan Ernie.
Bagaimanapun, Rocketfuel dalam satu komen di Instagram mereka menjelaskan keputusan tersebut dibuat
adalah atas persetujuan Ernie sendiri yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu tersebut.
Sekadar informasi, Ernie sebelum ini merupakan artis dibawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment sebelum berpindah ke Universal Music Malaysia pada Julai lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ernie Zakri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sepanjang 14 Tahun Berkahwin, Jujurnya Saya Pernah Buat IVF 4 Kali, 3 Kali Kandung Kembar Dan…” – Ini Perkongsian Isteri Datuk Adi Putra Yang Jentik Emosi
Isteri kepada pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof reda nantikan rezeki cahaya mata, meski sudah hampir 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah, Aida turut berkongsi rasa menerusi temu bual bersama majalah Nona baru-baru ini lalu ia dikongsikan Aida menerusi Instagram, beberapa minggu lalu.
Video tersebut antara lain turut memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Malah, dia turut akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay.
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
“Saya reda. Walaupun tak dikurniakan anak, saya sudah ada dua orang anak angkat,” katanya lagi.
View this post on InstagramA post shared by AIDA YUSOF #taatpadayangsatu (@aidayusof786) on
Sementara itu, Aida hanya menulis kapsyen ringkas iaitu ‘My Diary: 25.03.2019’. Lalu di ruangan komen yang ditinggalkan pengikutnya pula, rata-rata memberikan tips dan kata semangat buatnya agar terus kuat dan bersabar.
Foto: Instagram Aida Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI