Meluahkan kebimbangan akan nasib anak-anak kecil di Syria, jelas Datuk Afdlin Shauki, meskipun banyak sumbangan telah disalurkan sewaktu misi kemanusiaan, namun keadaan penduduk di sana masih lagi serba serbi kekurangan.
Malah hidup anak-anak kecil di sana diselubungi ketakutan kerana berada dalam kancah peperangan.
“Apa la khabar anak² syria ni di sana ye? yang pasti walaupun sumbangan anda semua yg telah kami salurkan pada misi tempoh hari, mereka masih serba kekurangan keperluan harian ditambah lagi perasaan ketakutan terutamanya kanak².. yela hidup di dalam kancah peperangan,” jelasnya.
Mengakui di Malaysia turut punya keluarga yang daif, namun keadaan mereka di sini tidak sesukar dengan mereka di sana. Jelasnya, anak-anak mati ditembak tanpa sebak sudah menjadi perkara biasa.
“Yes, di Malaysia pun masih ada yang hidup susah & serba-serbi xcukup.. tapi sedaif² kita di Malaysia ini belum ada lagi yang kebuluran sambil rumah bila² masa menanti diBOM!!..anak² main bola di jalanan tiba² ditembak mati tanpa sebab.. TAPI di Syria ini dh menjadi perkara BIASA!!
“TERUSKAN MENYUMBANG/MENDERMA..
Do we care? If you care, lets do it! Dan comment ‘#doneicare❤ ’ Yayasan Afdlin Shauki
Maybank
564810516713.
sumbangan anda yang berterusan akan kami salurkan utk mereka di sana.Yg tak dapat menderma bantulah dgn memanjangkan post ini kepada orang lain. Sama sama kita memberi manafaat.
@yayasanafdlin,” luahnya lagi memohon agar rakyat Malaysia terus memberikan sumbangan agar dapat meringankan beban rakyat Syria.
Semoga usaha Afdlin dan selebriti lain membantu rakyat Syria dan mereka yang memerlukan mendapat keberkatan dan dipermudahkan jalan.
Foto : Instagram Afdlin Shauki
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI