
Penyanyi popular Indonesia, Syahrini dilihat semakin kerap memuat naik fotonya yang mengenakan hijab sejak penghujung April lalu di Instagram.
Perkara tersebut nyata menjadi perhatian peminat yang sekali gus menguatkan dakwaan bahawa dia sudah bertudung sepenuhnya.
Difahamkan, bintang yang sinonim dengan penampilan anggun bergaya itu dipercayai mengenakan tudung sejak Ramadan tahun ini dan tidak menanggalkannya selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri lalu.
Menerusi saluran YouTube SCTV yang dimuat naik beberapa hari lalu, Syarini memohon agarnya dirinya istiqamah.
“Sekarang sedang belajar berhijab juga. Mudah-mudahan istiqamah kan, begitu. Didoakan…,” katanya ringkas.
Menerusi temu bual sama, Syarini turut menjawab persoalan sama ada dia secara perlahan-lahan mengundurkan diri dalam seni kerana mahu beri fokus terhadap suami dan bisnes sebagaimana yang ditebak peminat.
Ikuti sesi temu bual penuhnya di sini;
Sumber, Foto: SCTV, Instagram Syahrini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“24 Jam Saya Pakai,” – Shima Teringin Dedah Sudah Pakai Lampin Pakai Buang Lebih 2 Tahun Lalu, Pesan Artis Baru Agar Jaga Kesihatan

Mengalami masalah cakera tulang belakang tergelincir sakit (slipped disc) sejak 2013 lalu, penyanyi senior yang cukup terkenal dengan lagu Teringin, Shima juga mengakui dia memakai lampin pakai buang lebih dua tahun lalu bagi memudahkan urusannya sehari-hari.
Sekali gus, ia menyebabkan masalah penyingkiran air kencing berlaku.
“Sampai sekarang saya pakai lampin pakai buang, 24 jam saya pakai kira-kira sejak dua tahun lalu, malah sebelum saya ke tanah suci untuk tunai umrah lagi.
“Cuma ketika di tanah suci, Allah permudahkan saya tidak alami situasi sulit melibatkan buang air besar atau kecil.
“Alhamdulillah, saya ‘pakai kosong’, Allah permudahkan sebab niat kita ketika itu adalah untuk beribadah,” katanya yang mengalami sistem pundi kencing yang lemah.
Malah, Shima atau nama lengkapnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman memberitahu dia juga kini ada mengambil beberapa jenis ubat bagi mengurangkan masalah kesihatan yang dialami.
Terdahulu pada Ogos lalu, penyanyi berusia 50 tahun ini juga terharu apabila mendapat surat tawaran menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) bersama suaminya.
“Alhamdulillah dengan rezeki yang Dia bagi dan atas izinNya membuatkan ia semua berlaku. Jadi saya rasa sangat bersyukur dan tidak pernah terlintas pun di fikiran saya perkara ini akan terjadi.
“Bantuan daripada pihak terbabit termasuk rakan media amat-amat saya hargai,” jelasnya lagi yang turut menambah dirinya tidak pernah menyesal atas takdir yang berlaku dalam hidupnya kini.
“Saya tidak pernah rasa kesal kerana tidak menyimpan. Bagi saya apa yang berlaku adalah satu fasa yang saya kena lalui. Saya pernah lalui zaman 80-an, 90-an sehinggalah sekarang. Setiap fasa ada pengalamanya yang berbeza.
“Tidak semestinya kita akan sentiasa berada di atas. Satu hari kita akan sakit, akan jatuh dan ini adalah antara dugaan yang Allah bagi. Saya lalui dengan tenang dan terima hati terbuka dan reda.
“Ini bahagian saya, orang lain saya tidak tahu,” akui Shima yang turut menyifatkan suami adalah insan yang cukup memahami.
“Saya bersyukur kerana miliki suami yang cukup memahami, begitu juga dengan keluarga yang beri sokongan moral. Suami sentiasa ada dengan saya.
Sambil menyifatkan kesihatan adalah yang menjadi keutamaannya ketika ini, Shima juga turut memberi pesan kepada golongan artis muda untuk mementingkan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
“Jaga kesihatan dan kalau ada simpanan lebih perlu ada insurans kesihatan sebab kita tidak tahu bila kita akan sakit atau berdepan dengan situasi sukar. Tambahan pula sakit tidak mengira umur,” pesan Shima lagi.
Shima terdahulu ditemui pada majlis Sidang Akhbar Konsert Suara Emas Satu Kesan Abadi (Kesinambungan Konsert Penyanyi Lagenda, Allahyargham Saleem) di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Ahad.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Hari Berdoa Tak Terjatuh,” – Fazura Jaga Peranakan Ketika Berlakon Filem Aksi, Jawab Isu Berbadan Dua

Pelakon terkenal, Nur Fazura akui teruja untuk membawakan watak aksi sebagai ketua srikandi, Sayang dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
Mengulas mengenai wataknya itu, Fazura memaklumkan dirinya harus lebih berhati-hati untuk melakukan babak aksi sendiri terutamanya menerusi adegan menunggang kuda.
Menurut Fazura, meskipun mempunyai pengalaman menunggang kuda sebelum ini, namun dia tetap risau sekiranya berlaku kemalangan serius.
“Sejak hari pertama lagi saya sudah cedera. Setiap hari saya berdoa agar tidak terjatuh daripada kuda yang saya tunggang.
“Saya risau sebab badan ini kita nak gunakan untuk mengandung dan bersalin lagi selepas ini.
“Adik-adik yang jatuh di set pun saya risau juga. Ada yang sampai kuda terbalik. Saya bawa karakter saya itu sebagai ketua srikandi untuk menjaga keadaan pelakon-pelakon lain di set,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem berkenaan yang berlangsung di GSC, IOI Citi Mall, Putrajaya pada Selasa.
Ditanya adakah Fazura sedang berbadan dua ketika berlakon di dalam tersebut, ini reaksi yang diberikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu;
“Jangan salah anggap. Saya tidak mengandung. Saya cuma risaukan keadaan peranakkan saya dan pelakon-pelakon wanita lain. Itu sahaja,” ulasnya.
Dalam pada itu, Fazura turut memaklumkan dia dan suami kini belum bersedia untuk menimang cahaya kedua memandangkan kedua-dua mereka mempunyai jadual kerja yang agak padat.
“Saya dan Fattah mengambil langkah perancangan keluarga. Kami berdua mempunyai jadual kerja yang sangat padat.
“Kami sudah pun menandatangani kontrak untuk sesebuah projek. Kalau saya mengandung, saya kenal keadaan badan saya. Semasa hamilkan Fatima, hampir tiga bulan pertama saya baring sahaja.
“Ada rakan pelakon yang mengandung tanpa sengaja ketika berlakon. Ia menjejaskan kesihatan mereka, bayi dan komitmen kerja. Sebagai wanita bertanggungjawab, saya dan suami kena merancang sebaiknya.
Terdahulu, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan kesinambungan daripada filem pecah panggung, Mat Kilau: Kabangkitan Pahlawan yang diterbitkan pada 2022.
Selain Fazura, filem ini turut dibintangi oleh Fattah Amin, Nadhir Nasar dan Amirul Affendi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Pegawai Penjara Ke Dunia Lakonan – “Jujurnya Kerjaya Penjawat Awam Demi Memenuhi Kehendak Orang Tua,” – Amirul Asyhwad

Pelakon baru, Amirul Asyhwad mendedahkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pegawai penjara dan khidmatnya telah pun tamat hujung 2020 lalu.
Kini, Amirul atau nama sebenarnya, Ahmad Amirul Asywad Ahmad Nizan, 25, memilih untuk terus fokus dalam dunia lakonan memandangkan profesion sebelumnya ini adalah sebagai memenuhi permintaan kedua orang tua.
“Jujurnya, kerjaya sebagai penjawat awam dijawat demi memenuhi kehendak orang tua saya.
“Tetapi selepas beberapa tahun berkhidmat, tiada keikhlasan dalam hati saya untuk menggalas tanggungjawab diamanahkan.
“Akhirnya, saya membuat keputusan meletakkan jawatan, lantas mengejar impian menjadi pelakon,” katanya.
Kemunculannya menerusi drama Budak Tebing 2 yang bersiaran di TV3 baru-baru ini turut menjadi pemangkin buatnya untuk terus mengejar cita-cita.
Meski ia hanya watak sampingan, namun perkara tersebut setidak-tidaknya memberi impak selain tidak mahu melepaskan peluang yang ada.
“Ketika ditawarkan peluang ini, saya terus bersetuju menerimanya. Sebaik membaca skrip, rupanya peranan saya berhubung rapat dengan watak hero,” katanya lagi.
Amirul kini bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG Talent di bawah seliaan penerbit terkenal, David Teo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amirul Asyhwad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI