Sedang Hamil Susulan Nampak Mengah? Izara Aishah; “Buncit Sikit Pregnant, Alhamdulillah Kalau…”

Share

Pelakon yang kini aktif berniaga, Izara Aishah memberikan reaksi terhadap komen yang menyifatkan dia kelihatan mengah sekaligus didakwa seperti sedang berbadan dua.

Bintang berusia 31 tahun itu  sudah terbiasa dengan telahan sedemikian namun bersyukur atas doa yang dititipkan peminat.

“Buncit sikit pregnant, Alhamdulillah eh kalau pregnant nanti.

“Daripada Izara muda ke tua, dari tak pakai tudung sehingga pakai tudung.. orang semua cakap buncit tu pregnant ke? Tak habis-habis tengok perut orang,” katanya dalam nada seloroh.

Peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini bagaimanapun menganggap figura buncit sebagai ‘seksi’.

“Habis cakap Izara buncit.. masalah ke? Buncit is sexy,” katanya lagi di dalam sedutan video siaran langsung yang dikongsikan kembali pengguna TikTok itu.

Sehingga kini, potongan video berkenaan sudah pun ditonton hampir 50,000 kali disusuli ratusan komen pelbagai warganet.

Untuk info, Izara mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan, Izara dikurniakan seorang anak perempuan Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
Juliana Johar