Pelakon dan model, Josiah Hogan awal hari ini ada memuat naik foto isterinya, Nurul Hidayu Noordin yang mengenakan topeng muka, menjalankan tugas sebagai jururawat.
Sedang sarat hamil anak ketiga mereka, Josiah menerusi ruangan kapsyen di Instagram ada menyatakan rasa kagum atas servis yang diberikan oleh pekerja sektor awam.
Apatah lagi, ketika negara sedang berdepan krisis Covid-19.
“Isteri saya sedang mengandung dan masih di luar sana menjalankan tugas sebagai jururawat untuk merawat pesakit.
“Mungkin ramai tak nampak bagaimana jururawat, doktor, polis dan lain-lainnya yang terpaksa berdepan dengan orang awam di negara ini.
“Kagum dengan mereka yang masih bekerja dalam situasi COVID-19,” tulis aktor Mimpi Sabrina ini.
Josiah atau nama Islamnya, Mohamad Musleh mendirikan rumah tangga bersama Hidayu kira-kira tujuh tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata.
Bagaimanapun hasil perkahwinan terdahulu, bintang ini memiliki seorang anak lelaki, Irvine yang kini mencecah usia 13 tahun.
Foto: Instagram Josiah Hogan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI