Berkongsi perkembangan terbaru adik Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham, bayi berusia empat bulan yang sedang bertarung dengan kanser otak tahap empat, usahawan Mawar Rashid menerusi ibu Nishka mengesahkan si kecil ini sedang tenat.
“Tiada ungkapan terucap apabila menerima khabar petang tadi dari ibu baby Nishka yg mengatakan baby Nishka sedang tenat.
“Kami mendoakan Apa pun semuanya dengan izin-Nya. Semoga ibubapa baby Nishka tabah redho dalam menempuhi apa jua keadaan. Kami syg baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial
#prayforbabynishka,” tulisnya.
Menjengah ke laman Instagram ibunya, Khairiah Kamarudin, dia reda dengan ujian yang diturunkan dan tahu anaknya sudah berjuang sedaya upaya, namun semuanya atas takdir Yang Maha Kuasa.
“Ya Allah…sesungguhnya berat utk kami menelan semua ni tp mummy daddy tahu adik dh berjuang sedaya upaya adik..sehabis baik.. utk pengetahuan semua..keadaan baby Nishka agak kritikal dan tenat.
“kanser di kepala adik semakin membesar..saiz kepala juga membesar dr 41 ke 44cm..
“Pergerakkan bby Nishka juga sangat minimum..sejuk je badan adik. mmy daddy xsanggup nk tgk adik mcmni.. Semua dtg tgk adik..semua syg adik. Semoga Allah mempermudahkan urusan adik..mummy daddy sayang adik sampai bila2 syg..#pray4babynishka #braintumorstage4 #doautknishka,” kongsi wanita berusia 35 tahun ini.
Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham disahkan menghidap penyakit berkenaan ketika berusia 21 hari, selepas keadaan kepalanya yang agak besar berbanding bayi seusianya.
Foto : Instagram Mawar Karim dan Khairiah Kamarudin