“Sedap Korang Mengata Aku Ye,” – Dikata Berlagak Beli Beg Jenama Mewah, Ini Respon Instafamous Cik Epal!

Share

Kecoh di laman sosial apabila seorang instafamous, Cik Epal memuat naik video dia sedang membeli belah di butik mewah, Dior.

Meminta pendapat netizen sama ada dia patut membeli beg berharga RM14,500 atau RM12,500.

Dikecam teruk kerana dikatakan menunjuk-nunjuk, dia menyatakan segala yang dimiliki adalah hasil usaha keras selama ini.

Sebab ada yang ambil video2 ig stori aku dan letak dekat platform lain. So aku abadikan sajalah video itu di sini. Haha.

“Sedap korang mengata aku ye. Tapi tak apa, dari zaman blog lagi aku dah lali kena kecam. Wahaha,” tulisnya.

Mengakui bukan dilahirkan daripada keluarga berada, namun ibu kepada seorang anak ini berusaha untuk berjaya.

Aku admit aku memang bukan anak orang senang, tapi aku ada impian untuk hidup senang dan aku berusaha untuk ke arah itu.

“Bila kita usaha keras atas kaki kita sendiri, of course kita rasa excited bila kita dapat reward diri kita dengan benda yang kita tak pernah rasa kita akan dapat beli pon dengan duit sendiri,” tambahnya lagi.

Lebih melucukan, seluar dalam berharga RM4050 yang ingin dibeli suaminya, turut menjadi bahan kutukan netizen.

Walau bagaimanapun, netizen yang mengikuti perkembangan Cik Epal sejak dari zaman blogger dahulu mempertahankan tindakannya dan mengakui terinspirasi dengan kejayaan wanita ini.

Foto – Instagram Cik Epal

Published by
Noraini Abd Wahab