“Sedap Pula Dia Nyanyi, Kena Dengan Tune,” – TokTi Kongsi Momen Anak Belajar Piano, Tapi Nyanyian Aafiyah Yang Jadi Perhatian!

Share

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik satu rakaman video yang memaparkan gelagat anak pertamanya, Siti Aafiyah ketika sedang belajar untuk bermain alat muzik piano bersama seorang gurunya.

Rakaman video tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Anta Permana itu menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.

Apa yang menarik, Aafiyah kelihatan sangat bijak dan ceria ketika menyanyikan lagu ABC bersama guru berkenaan.

“Harini Aafiyah ada kelas belajar piano, tapi tengok tu. Dah macam buat konsert plak dia.. Tq teacher Illi sabar mengajar Aafiyah,” tulisnya.

Lantas, perkongsian Siti telah mendapat perhatian seta pujian daripada wargamaya.

Malah, rata-rata peminat berpendapat Aafiyah memiliki bakat semula jadi dalam bidang nyanyian meski baru berusia 3 tahun.

“Eiii best nya !!! Pelapis ibu,” puji seorang warganet.

“cantiknya Aafiyah sayang..pandai nyanyi macam ibu…,” tulis lagi seorang peminat.

“Sedap pulak dia nynyi tu.. kena dgn tune,” puji teminat di ruangan komen.

“Bakat semulajadi,” tulis netizen.

Sekadar informasi, Siti mendirikan rumah tanga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Siti Aafiyah, 3 dan Muhammad Afwa, 7 bulan.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.
Published by
Nazar Rafiqhi