
Selepas menceburi dalam karier lakonan, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B telah melancarkan lagu single pertamanya berjudul Tolonglah.
Lagu ini merupakan sebuah lagu ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Cik B dan DSV.
Menariknya lagi, Cik B telah menyanyikan lagu yang bergenre R&B dan ini merupakan satu kejayaan yang baru bagi Cik B.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan menyifatkan nyanyian Cik B sangat berbakat.
Sebelum ini, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin mendapat tempat di hati penonton selepas menbintangi dalam drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta yang disiarkan di saluran TV3.
Foto: Instagram Cik B
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hubungan Dengan Mr E, Erra Fazira ; “Belum Ada Pertemuan Keluarga Secara Serius, Tapi Anak Saya Okay.”

Isi Kandungan
TogglePenyanyi dan pelakon Erra Fazira mendedahkan setakat ini, belum ada sesi pertemuan serius sesama ahli keluarganya, berkaitan hubungannya bersama usahawan yang dikenali sebagai Mr. E.
Menurut Erra, 51, dia juga tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai hubungan yang sedang terjalin selagi belum ada perkembangan ke arah fasa seterusnya.
Minta Doa Yang Baik
“Bab itu saya tak berani nak cakap. Nanti lain yang dirancang, lain pula yang akan jadi. Lebih baik kita tunggu dan lihat.
“Saya minta doa-doa yang baik sahajalah. Cuma bila ramai yang beri kata positif, Allahuakbar, itu betul-betul buat saya rasa terharu.
“Sebab saya sedar, pada usia sekarang ini, macam rasa malu sendiri kalau diri ini diperkatakan mengenai soal jodoh dan hal cinta.
“Zaman begitu sudah berlalu. Jadinya sekarang ini, saya pilih untuk tenang saja. Tapi ramai juga yang sama-sama mendoakan kebahagiaan saya.
“Itu yang buat saya rasa terharu. Harapnya, kalaulah kita buat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas ini, semoga doa yang baik-baik tidak terhenti di situ, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Berhati-Hati Kongsi Hal Peribadi
Erra pada masa sama memilih untuk tidak terlalu terbuka bercerita mengenai kehidupan peribadinya, walaupun sering berkongsi perkembangan terkini di Instagram.
“Saya nak terlalu bercakap mengenai hubungan ini pun tidak berani lagi, sebab pengalaman lalu banyak mengajar. Kalau dicanang-canang, apa yang jadi di kemudian hari kita juga yang kena.
“Jadi saya ambil pendekatan untuk lebih relaks, tak perlulah untuk dihebohkan. Proses untuk lebih mengenali itu pastinya akan mengambil masa.
“Setakat hari ini, belum lagi sampai ke tahap pertemuan dengan keluarga saya. Belum lagilah… tapi anak saya okay,” jelasnya lagi.
Hari Jadi Paling Bermakna
Pelakon filem 7 Perhentian itu juga menegaskan tiada apa-apa kejutan istimewa yang berlaku menjelang ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
“Saya pun tiada idea mengapa timbul cerita seolah-olah ada sesuatu pada tarikh 7 Februari. Saya pun sudah jelaskan tiada apa-apa.
“Malah pada hari jadi saya iaitu pada 9 Februari pun kami hanya buat makan-makan, sambut sekadar apa adanya sahaja.
“Ia hanya setakat makan-makan bersama sekitar 10 orang kawan yang dianjurkan oleh Mr. E di Gombak, Kuala Lumpur. Sesuatu sesi yang ringkas, tapi memberi makna,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semua Orang Berhak Pakai Baju Sendiri,” – Kurta Bukan Budaya Melayu Di Hari Raya? Ini Respon Nadhir Nasar

Baru-baru ini, timbul perdebatan di media sosial bila ada yang mengatakan pemakaian kurta tidak sepatutnya dinormalisasikan ketika sambutan hari raya.
Malah, ada juga yang menganggap kurta ini bukanlah budaya bagi masyarakat Melayu dan kita sepatutnya lebih memartabatkan pakaian tradisi iaitu Baju Melayu.
Mengulas mengenai isu tersebut, pelakon, Nadhir Nasar berpandangan semua pihak bebas untuk memakai pakaian yang mereka merasakan selesa.
Katanya lagi, kurta yang sering digayakan oleh kebanyakkan masyarakat Melayu ketika ini juga sememangnya diinspirasikan daripada Baju Melayu Teluk Belanga.
“Pada saya, ia tak jadi satu masalah. Dalam dunia ini, semua orang berhak untuk memakai pakaian yang mereka rasakan selesa.
“Walaupun ada yang kata kurta ini merupakan pakai tradisi daripada negara luar, pada saya, kurta yang saya pakai ini sebenarnya diinspirasikan daripada Baju Melayu itu sendiri.
“Kalau kita nak kaji asal usul atau putar belitkan kenyataan, pada akhirnya, kurta tetap merupakan pakai seperti baju Melayu Teluk Belanga.
“Kurta merupakan sehelai baju yang sesuai dipakai di pagi dan malam hari raya, berkunjung ke rumah sanak saudara atau ke mana-mana sahaja,” katanya kepada MH.
Juara Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen ‘Bulan Bintang Terrrpaling Raya 2024’ baru-baru ini.
Pada masa sama, Nadhir turut menyifatkan kurta ini merupakan pakai yang sangat sesuai untuk digayakan untuk acara formal dan santai.
“Saya sangat sukakan kurta. Kurta sangat sesuai untuk dipakai dimana-mana acara sekalipun.
“Tak kisahlah sama ada nak pergi konsert, rumah terbuka, pergi masjid atau beribadah, kurta ini sangat versatil,” ujarnya lagi.
Sementara itu, ketika ada beberapa duta tahun lalu yang memilih untuk ke jenama lain, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah memilih untuk kekal bersama Bulan Bintang bagi tahun ketiga.
“Saya tidak ada dilamar atau mendapat tawaran daripada jenama lain. Meri sudah pun bagitahu sejak tahun lepas yang dia mahukan saya lagi sebagai duta.
“Dia sendiri yang melamar saya sejak kempen tahun lepas. Dia juga risau kalau tidak diberitahu lebih awal, mungkin saya akan ke jenama lain.
“Kita juga akan tahu berapa lama khidmat kita diperlukan untuk sesuatu jenama itu. Jadi, kita boleh bersedia dan menolak tawaran lain.
“Saya sukakan jenama ini kerana ia dijalankan dengan sepenuh hati. Jadi, saya memang dengan rela hati nak kekal,” akhirinya.
Terdahulu, Nadhir dan seorang lagi pelakon, Mierul Aiman merupakan duta bagi produk kurta Bulan Bintang.
Selain Nadhir dan Mierul, beberapa selebriti ternama turut menjadi duta Bulan Bintang bagi tahun 2024 iaitu Shukri Yahaya, Remy Ishak, Hannah Delisha, dan Daiyan Trisha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Muka Bunga 90 Percent Muka Aisha,” – Fasha Sandha Syukur Anak Saudara Membesar Dengan Baik

Aktres Fasha Sandha memuat naik lampiran beberapa keping foto anak ketiganya, Aisha Amaira sambil mendedahkan wajah anaknya itu iras anak saudara, Bunga El Haq.
Fasha yang juga kakak kepada pelakon Elisya Sandha juga bersyukur kerana Bunga kini sedang membesar dengan baik.
“Gambar Aisha masa 18 hari, gambar Bunga belum boleh share lagi, tapi muka bunga 90 percent muka Aisha. Nanti besaq jalan sama orang kata kembaq Aisha.
“Syukur Alhamdulillah baby Bunga membesar dengan baik dan Elisya pun dah sihat banyak,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung penerbit, Sheila Rusly pada Ogos tahun lalu dan permata hati mereka dilahirkan pada 18 Jun 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI