“Sederhana Itu Lebih Indah,” – Berbuka Sambil Berkelah Tepi Tasik Tepian Masjid, Netizen Puji Imam Muda Asyraf

Share

Hanya beralas tikar di tepian masjid sambil disajikan pemandangan indah tasik Putrajaya, Imam Muda Asyraf berkongsi detik-detik indah berbuka bersama keluarga.

Ulasnya, isteri dan anak-anak terpaksa menempah tarikh sebelum Ramadan untuk berbuka bersama.

“Anak-anak dengan Ummi booking tarikh Abah depa dari sebelum Ramadhan lagi. Katanya teringin nak buka puasa dengan Abah berkelah atas rumput tepi sungai. Atas simen tepi tasik Putrajaya pun kira ok la nak oi

,” kongsinya

Cukup tersentuh melihat kesederhaan keluarga ini meraikan waktu berbuka bersama, netizen turut tertarik dengan idea yang dikongsi penceramah bebas ini.

Tambah mereka lagi, isteri dan anak-anak tidak perlukan kemewahan, apa yang penting adalah waktu yang dihabiskan bersama.

Foto : Instagram Imam Muda Asyraf

Published by
Noraini Abd Wahab