Pelakon Syafiq Kyle mengakui proses melangkah ke fasa seterusnya untuk bergelar suami bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata.
Sebaliknya ia menuntut kepada usaha selain ikhtiar untuk berubah menjadi insan yang lebih baik terlebih dahulu sebelum menggalas tanggungjawab besar dalam membina keluarga.
Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30 berkata, buat masa sekarang dia hanya mendoakan yang baik-baik, selain mengharapkan sokongan orang terdekat.
“Tak beranilah untuk saya bercakap mengenai soal sudah bersedia atau sebaliknya. Cuma ini adalah satu tanggungjawab. Sebab saya percaya kalau kita nak bercakap mengenai bersedia atau tidak, kita sendiri yang kena berusaha untuk berbuat demikian.
“Akan tetapi buat masa sekarang umur saya dah 30 tahun, bila-bila masa sahaja. Saya doa jodoh daripada Allah SWT. Mak pun selalu mendoakan untuk saya, berkati dan permudahkan segala perjalanan saya.
“Persediaan itu sayalah yang kena usaha sendiri, bukan saya perlu letakkan ia pada tangan orang lain. Dari segi perkara lain, saya yang perlu banyak muhasabah diri.
Ads
“Perlahan-lahan sejak umur saya 27 tahun saya sudah rasakan akan perubahan itu. Tiada benda yang saya perlu kejarkan lagi. Sekarang ini saya hanya buat apa yang saya inginkan, buat perkara yang keluarga dan saya sukai.
“Jadi dalam proses tersebut, diri saya sendiri pun sudah mulai berubah sedikit demi sedikit. Saya percaya kepada perkara itu, ia akan datang dengan sendiri,” katanya lagi.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Filem Siku 12; Langkah Derhaka di Starling Mall, Damansara, pada Rabu.
Ditanya mengenai sisi persediaan atau persiapan yang dilakukan oleh temannya pula, ini yang dikongsi Syafiq;
“Banyak perkara yang kami bincangkan. Cuma saya bukanlah jenis yang mahu ketengahkan apa perkara yang dibincangkan. Kalau di pihak dia, rasanya lebih baik jika empunya badan yang berkongsi.
“Bagi diri saya, saya cuba lakukan yang terbaik dan doakan agar semuanya dipermudahkan,” katanya lagi.
Ratu Elizabeth II dilapor meninggal dunia pada
usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland pada Khamis.
Istana Buckingham mengumumkan kemangkatan Ratu Elizabeth II di dalam satu kenyataan dan menetapkan 10 hari untuk berkabung.
Serentak dengan pengumuman tersebut juga, bendera di UK dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang.
Ratu Elizabeth II menjadi pemerintah paling lama di Britain iaitu 70 tahun sekaligus menjadi fasa monarki paling lama di Britain.
Ratu Elizabeth II mula memegang takhta sejak 1952 pada usia 25 tahun selepas era Perang Dunia Kedua berakhir.
Semntara itu, anak lelaki Ratu Elizabeth II, Putera Charles, 73, iaitu Putera Wales secara rasmi ditabalkan menjadi Raja England.
Terdahulu, doktor menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan Ratu Elizabeth II dan mengesyorkan Ratu Elizabeth II diletakkan di bawah pengawasan pasukan perubatan.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat bapanya.
Meski jauh di Australia, Sajat turut menyatakan rasa rindu buat bapa tersayang.
“Selamat hari jadi buat ayah ku di cintai. Jauh di sudut hatiku, walaupun Ajad jauh, kerinduan pada ayah amat Sajat sayangi. Selamat hari jadi ayah.
“Ajad di sini sedang bina kejayaan baru, insyaAllah, kita akan bersama kembali. Cuma masa yang menentukannya. Salam sayang perantau dari anakmu,” tulisnya lagi.
Kepada mereka yang mengikuti perkembangan isteri kepada pelawak dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub, nampaknya dia kini sudah berhijab.
Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram, Zira ada berkongsi beberapa keping gambar yang melihatkan dia tampil bertudung litup penuh ketika mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perubahan bekas pramugari itu.
Terdahulu, Zira pernah mengenakan hijab pada Ogos tahun lalu, namun kembali membuka tudung semula pada Oktober.
Untuk rekod, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.
Foto : Instagram Nabil, Zira Ayub
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!