Ustaz Ebit Lew memaklumkan telah membeli dua buah van dengan tujuan perkhidmatan untuk membawa jenazah manakala sebuah lagi dijadikan ambulans secara percuma bagi mereka yang memerlukan.
Sambil meminta doa ramai, Ebit turut mendedahkan sebelum ini dia agak sukar untuk mencari perkhidmatan menghantar jenazah ketika kematian ibunya.
“Doakan yer. Syukur baru beli 2 van nak beri khidmat percuma. 1 van jenazah dan 1 ambulan pada yang memerlukan tanpa apa-apa bayaran langsung.
“Dulu masa mak saya meninggal dunia. Susah sikit cari van jenazah. Akhirnya dapat van jenazah untuk bawa mak yang tercinta untuk disemadikan di kampung.
“Rindu mak sangat. Terima kaseh yang membantu masa menguruskan mak saya masa tu.
“Syukur saya beli van di Toyota dan ubai suai di Imarah auto sdn bhd. Terima kaseh Abang Mizey Bro Office Digital Print sponsor sticker yang cantik.
“Terima kaseh juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Terdahulu, van yang tertera nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia ini boleh digunakan oleh mereka yang memerlukan dengan menghubungi nombor tertera.
“Jika memerlukan khidmat van jenazah atau ambulan percuma untuk mereka tidak mampu dan memerlukan boleh hubungi 01170787900,” tulis Ebit lagi.
Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial menyambut baik usaha murni yang dilakukan pasukan Ebit Lew di samping mendoakan agar segala urusan kebajikan dipermudahkan Allah SWT.
Perkongsian sama turut dimuat naik Ebit pada laman rasmi Facebook miliknya.
Foto: Instagram Ebit Lew