Seiring dengan musim perayaan, Jakel melancarkan kempen Raya Sakan 2024 yang sekaligus menawarkan tawaran menarik terhadap pakaian dan kelengkapan sempena Aidilfitri, selama sebulan.
Selari dengan moto kempen tahun ini iaitu bergaya sambil berjimat, jenama itu menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kesemua koleksi pakaian siap tahun ini bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditawarkan adalah berteraskan trend terkini.
“Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju Melayu yang sebelum ini ditawarkan pada tahun lalu iaitu pada RM180 kini diturunkan kepada RM150 sepasang. Malah pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau samping berkualiti berteraskan kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini.
“Bagi koleksi perempuan sedia dipakai pula ditawarkan serendah RM99 sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini 2024,” katanya pada majlis sempena pelancaran kempen Raya Sakan Bersama Jakel 2024 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jakel turut menyediakan stok baju melayu sebanyak 3 juta pasang di seluruh Malaysia, jauh lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.
“Tidak ketinggalan, bagi penggemar pakaian sedondon, Jakel turut menyediakan koleksi KOMBO sedondon khusus bagi keluarga dan pasangan .
“Tahun ini juga Jakel menawarkan pelbagai pilihan baju kanak-kanak perempuan dan lelaki bermula dari peringkat bayi hingga ke usia 14 tahun pada harga amat berpatutan bermula pada RM49 sepasang.
“Bukan itu sahaja, selain koleksi pakaian, Jakel turut menawarkan diskaun sehingga 85 peratus bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan lain-lain di gedung kami yang sudah popular sebagai pusat sehenti,” ujarnya lagi.
Lebih menarik, pelbagai varieti kurta turut dijual pada harga serendah RM39, kemeja lelaki serendah RM59 serta baju kanak-kanak bermula dengan harga RM29.
Promosi itu membabitkan seluruh cawangan Jakel seluruh negara bermula 9 Mac hingga ke malam Raya.
@mediahiburanofficial Pelakon Aprena Manrose dan suami menerima dengan hati yang terbuka apabila usaha untuk mendapatkan zuriat melalui rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) belum berhasil. Menurut Aprena, dia belum berputus asa untuk mencuba mendapatkan zuriat namun, reda dengan segala ketentuan Illahi. #MHnews #MediaHiburan #NabilAhmad ♬ original sound – Media Hiburan
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini