Baru-baru ini, pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah pun mengeluarkan kenyataan memaklumkan khidmat penyampai radio, Shuk Sahar akan digantung buat sementara waktu berkuat kuasa serta merta.
Menurut laporan Harian Metro, pergantungan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tular di media sosial.
Dengan berkuat kuasanya pengumuman tersebut, kini hanya tinggal Fizie sahaja yang merupakan gandingan asal segmen Geng Pagi Hot (GPH) memandangkan pelawak, Shuib Sepahtu baru sahaja mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio berkenaan beberapa minggu lalu
Bagaimanapun, menerusi pemerhatian MH selama dua hari ini, segmen pagi itu kini dilihat telah diambil alih buat sementara waktu oleh pembaca berita, Amirulhakim Ahmad Lokman dan rakan penyampai, Jay Jamalina.
Perkhabaran tersebut nyata mengundang rasa sedih di hati segelintir pihak terutama para peminat Fizie.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Fizie dilihat memuat naik semula reaksi peminat yang ternyata merindukan celotehnya itu.
Rata-rata peminat menyifatkan segmen pagi tersebut amat berbeza selepas ketiadaan Fizi, Shuk dan Shuib.
Terdahulu, pihak pengurusan Hot FM turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai penggantungan Shuk akan diumumkan selepas siasatan dalaman selesai.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pergolakan rumah tangga membabitkan Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rossalennah mendakwa suaminya itu masih berlaku curang dengan wanita sama yang pernah dikaitkan sebelum ini.
Terdahulu, Shuk dan Rossalennah telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.
Sumber: Instagram Fizie & Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI