
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui pandemik Covid-19 ini sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap emosi dan mentalnya.
Menurut DS Aliff, dia amat merindukan suasana bercuti di luar negara terutamanya untuk pergi membeli-belah.
“Saya sedih. Hati dah meronta merindui untuk bercuti di luar negara. Biasanya hujung tahun tengah tahun pasti saya akan bercuti di luar negara untuk shopping.
“Tapi tahun ini terasa janggal dan pelik tak tahu berapa lama Covid-19 ni? Dan berapa lamakah situasi ini akan berlaku oh Tuhan cepatlah berlalu yang amat memeningkan.
“Bukan sahaja ekonomi teruk tetapi semua terjejas emosi mental semualah,” tulisnya.
Kongsinya lagi, dia turut berharap agar wabak ini dapt berakhir dengan segera supaya rutinnya dapat berjalan dengan lancar.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Cuba Bahagia itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut mendoakan semoga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“First Day Kahwin Dulu, Aku Terus Minta Untuk Solat Jemaah Setiap Waktu,” – Farah Lee Buka Cerita, Kongsi Manfaat Silaturahim

Bintang media sosial, Farah Lee ada memberikan pandangannya sendiri perihal sisi positif yang boleh diambil menerusi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki minggu ketiga perlaksanaan.
Katanya, keberadaan satu keluarga di rumah memberi ruang buat ibu bapa di dalam memastikan solat anak-anak terjaga.
“Well, aku rasa antara sisi bagus PKP ni; makayah yang dulu selalu jemaah kat masjid surau tu dah ada masa untuk tahu anak-anak dorang solat tak kat rumah – while mereka berjemaah kat sana – dulu.
“Islam starts from home. Sedih, bila, makayah makmum setia masjid, anak, tak sempat nak ambil tahu pun solat ke tak. Islam starts from home, aku ulang.
“Moga kita ambil peluang #stayathome untuk praktikkan solat/ibadah berjemaah kat rumah. Then setiap malam lepas maghrib or lepas subuh, boleh lah mula gilir-gilir siapa nak lead tazkirah sambil bincang masalah keluarga, luahan perasaan, kecik hati ke apa ke. Kan cantik tu.? Ke tak.?,” jelas Farah di Instagram.
Pada masa sama, ibu tunggal beranak satu ini turut bercerita mengenai hubungan silaturrahim kepada dirinya sejak dulu hingga kini.
“Aku pegang sangat, antara kelebihan solat jemaah adalah — ia akan kukuhkan silaturahim antara jemaahnya. Mari aku cerita sikit.
“Sebelum tu, kena minta izin nets dulu, boleh ke aku cerita pasal previous marriage aku ni.? Kang katanya tak moveon lagi pulak.
View this post on InstagramA post shared by F. L. (@farahlee_) on
“Okeh camni, korang moveon k. Aku lek je ni haaa.. Share moga boleh sama2 manfaat, true story katanya kan. Okay sambung.
“First day aku kawen dulu, aku terus request untuk solat jemaah setiap waktu. Alhamdulillah 4 tahun lebih kawen, boleh bilang jari berapa kali je tak berjemaah if dedua ada kat rumah.
“Even time tetamu datang pun, ktorg akan mintak diri jap untuk naik solat sama2, gaduh pun still jemaah k. Usually lepas solat tu masa paling sesuai untuk talk heart-to-heart.
“Persoalannya, tadi kata solat jemaah kukuh silaturahim, tapi asal cerai puleks.? Camni. Aku cakap kukuh silaturahim kan.? Bukan kukuh rumahtangga kan.? Haaa beza.
“Atas sebab2 tertentu, yes perkahwinan kami putus ditengah lautan. Tapi, as many macam wonder while ktorg still boleh baik gila even lepas cerai, siap dengan family mertua pun still berkeluarga macam takde apa2.
“Aku yakin, Allah ya Rahim, mungkin berkat berjemaah tadi, silaturahim antara kami masih sangat kuat dan dipelihara. Alhamdulillah.
“Aku pulak walaupun cerai pun dah masuk 4 tahun dan belum jumpa Imam yang berkenan di hati hikhik, still tiap kali nak solat akan tersilap niat as makmum.
“Taktau lah sebab dah terbiasa atau tu tanda tak kusyuk atau mungkin jugak tanda perlu cari #imambaru cepat2 ni kbai #ommabebel,” akuinya jujur.
Perkongsian darinya itu juga memberi ruang buat pengikutnya untuk memberikan pelbagai reaksi berkaitan.
Sekadar imbasan, Farah dan bekas suami, hos Ally Iskandar bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 6.
Foto: Instagram Farah Lee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Puasa Mereka Sah Kerana…,” – Isu Masjid Laung Azan Magrib Awal 3 Minit, Yasin Sulaiman Beri Pencerahan

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah kesilapan seorang muazin di salah sebuah masjid di Batu Cave, Selangor yang telah melaungkan azan Magrib tiga minit lebih awal gara-gara kesilapan teknikal pada paparan digital waktu azan.
Perkara berkenaan nyata telah menimbulkan keraguan ramai pihak sehingga ada yang mengatakan sesiapa sahaja yang berbuka puasa mengikut laungan azan tersebut, puasa mereka telah terbatal dan wajib diganti.
Berbeza pula bagi penyanyi, Yasin Sulaiman apabila dia menjelaskan puasa berkenaan adalah sah kerana kesilapan tersebut berpunca daripada muazin dan bukannya para kariah.
“MASJID TERSILAP LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL, ADAKAH PUASA AHLI KARIAH TERBATAL? Puasa mereka sah, tidak terbatal.
“Mereka telah berbuka puasa kerana meyakini bahawa waktu Maghrib sudah masuk berdasarkan azan yang dilaungkan di masjid.
“Sekalipun ternyata azan tersebut dilaungkan beberapa minit awal sebelum masuk waktu tetapi realitinya ini merupakan kesilapan daripada muazin; bukan kesilapan ahli kariah.
“Justeru mengapa pula ahli kariah perlu dibebankan atas kesilapan muazin?,” tulisnya.
Kenyantaan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Nur Kasih itu menerusi ruangan Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Yasin turut berharap agar kesilapan seperti ini tidak berulang lagi bagi mengelakkan keraguan di hati ramai pihak.
“Ini kerana akhirnya satu persoalan yang perlu dijelaskan dalam hal ini iaitu adakah azan yang dilaungkan di masjid boleh dipercayai dan dijadikan panduan dalam berbuka puasa atau tidak? Tentu sahaja boleh, jika tidak maka buat apa azan dilaungkan?
“Sekiranya dibuka ruang keraguan dalam hal ini, natijahnya setiap kali azan masjid dilaungkan maka ia tidak membawa apa-apa erti kerana ahli kariah masih perlu memastikan ketetapan waktunya terlebih dahulu. Ini jelas batil,” katanya lagi.
Meninjau di rungan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Yasin selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas pencerahan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Yasin baru sahaja melancarkan lagu terbarunya berjudul Can You See The Light yang juga merupakan lagu rasmi bagi aplikasi The Noor yang dikendalikan oleh pengacara dan usahawan popular, Neelofa.
Sumber: Instagram Yasin Sulaiman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mata Masuk Habuk, “I Tak Teror Nak Tulis Caption Yang Sweet Ni Darling.” Kata Alif Satar Pada Isteri…

Bagi setiap insan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti mahukan ikatan yang dibina berkekalan dah bahagia hingga ke akhir hayat.
Menerusi entri terkini Alif di akaun Instagram, hos Big Stage itu memaklumkan hari ini merupakan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-35 tahun.
Lalu, penyanyi berusia 29 tahun itu menitipkan ucapan kata-kata manis buat isternya.
“babe,i tak terror nak tulis caption yang sweet ni darling, coz u know when it comes to photo captions pun i selalu tanya you and even now.
“nak try tulis pun tiba2 macam masuk habuk pulak mata ni.. and i end up deleting it all over again..
“but it’s okay, Allah tahu segala isi hati i and so i pray, on your special day, Dia makbulkan segala doa i untuk kebahagiaan you.
“happy birthday my love.. my life.. @shadilahalid p/s it’s Shad’s birthday today peeps! come show love!!!,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on
Untuk rekod, Alif telah mendirikan rumah tangga bersama Shadila Halid pada 15 September 2014.
Foto : Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI