Naib juara Hero Remaja 2020, Umar Hisham mengakui perasaannya ada sedikit bercampur-baur selepas namanya diumumkan sebagai pemenang tempat kedua Hero Remaja 2020, semalam.

Menurut Umar, impiannya untuk menjadi juara sebenarnya telah ditanam sejak pertama kali melangkah ke program yang kini sudah memasuki edisi yang ke-10.

“Sebenarnya, saya memang menaruh harapan tinggi untuk menjadi juara. Sifat itu kena ada dekat semua orang. Apa-apa yang anda buat mesti kena betul-betul.

“Bila diumum Nadhir menjadi juara dia perasaan yang bercampur-baur. Perasaan yang sedih sedikit sebab kita dah target untuk jadi nombor satu tapi tak dapat.

“Tapi pada masa sama, saya gembira untuk rakan saya. He’s really deserve it dan memang layak.

“So, saya tiada perasaan yang macam ‘saya sedih dan aku tak suka kau’. Itu yang tak bagus. Ini adalah pertandingan. Perasaan saya more balance,” katanya.

IKLAN

Bakat baru ini ditemui pada sidang media Hero Remaja 2020 di Ideaktiv, Shah Alam.

Bagaimanapun, jejaka asal Johor Bahru ini tetap berpuas hati dengan pencapaiannya  meskipun sinonim dikenali sebagai finalis ‘underdog’ sebelum ini.

Tambah Umar lagi, dia turut bersyukur kerana doanya selama ini telah dimakbulkan.

“Apapun, saya bangga dengan diri saya. Saya dah tunjukkan dekat masyarakat di luar sana dan anda boleh menilai. Yang penting saya jadi diri sendiri dan buat yang terbaik.

IKLAN

“Dulu saya selalu berdoa dekat Tuhan supaya naikkan darjat saya dan Alhamdulillah mungkin doa tu dah termakbul.

“Betapa pentingnya doa tu dan kita perlu bersyukur kerana apa yang kita doa dah dapat.

Ketika ditanya apakah perancangan selepas tamat program Hero Remaja, ini jawapan yang diberikan oleh Umar;

“Saya berasa lega sebab program ni mempunyai pressure untuk kita selalu perform.

IKLAN

“Bila pertandingan ni dah habis beban tu kurang sikit. Tapi dalam kehidupan mana-mana pun akan ada pressure.

“Saya amat meminati bidang lakonan dan pengacaraan. Jadi, apa sahaja tawaran yang akan diberikan, saya akan menerima dengan hati yang sangat terbuka.

Program yang berlansung pada malam Khamis itu menyaksikan Nadhir Nasar telah diumumkan sebagai juara manakala tempat ketiga pula disandang oleh peserta berumur 19 tahun, Meerqeen.

Program yang berlangsung pada malam Khamis itu menyaksikan Nadhir Nasar telah diumumkan sebagai juara manakala tempat ketiga pula disandang peserta berumur 19 tahun, Meerqeen.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI