Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sedih pemergian pelakon veteran, Abu Bakar Juah pada petang Sabtu.
Pelakon, Elly Mazlein misalnya ada meluahkan rasa sedih kerana tidak sempat untuk bertemu dengan arwah Abu Bakar seperti yang dirancang.
Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafo juga berkongsi cerita kenangan bersama arwah menerusi akaun Instagram miliknya.
“Sempat jmpa Ayah Awal bln ari tu Kata mama & Zarith ,ayah xde selera nak mkn.
“Masa Sharifah dtg ( Ayah Abu Bakar suka pnggil sy dgn nama Sharifah),Ayah cuba mkn sbab nak Sharifah Happy.
“Sharifah smpat tanya ,Ayah nak mkn apa ,nnti Sharifah masak .. Ayah ckp nak mkn kari Kepala Ikan.
“Okay nnti Ayah dtg umah Sharifah, Sharifah masak utk Ayah.
“Kita mampu merancang Allah yg menentukn
Sedih x sempat nak masak utk ayah.
“Sbenarnya dah bg tau Zarith (Anak Ayah Abu Bakar Juah) yg Sharifah jnji nak dtg ari ni Ziarah Ayah, tp..Allah lbih syg kan Ayah.
“Ayah tngu ya ..Sharifah dtg skrg nak tgk Ayah buat kali terakhir & seperti mana yg Sharifah jnji nak dtg ari ni Ayah tngu ya ..Al-Fatihah buat Ayah,” tulisnya.
Arwah Abu Bakar meninggal dunia akibat menghidap penyakit kronik seperti kanser hati dan jangkitan kuman.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI