Penyanyi, Hazama memilih untuk menangguhkan dahulu hasrat untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan zuriat bagi memberikan tumpuan dalam penghasilan album kedua berjudul Pujangga.
Menurut Hazama, dia telah pun membelanjakan wang simpanannya untuk menyiapkan album ini justeru, menyerahkan urusan berkaitan anak kepada Allah SWT.
“Album ini diibaratkan seperti anak saya. Duit yang sepatutnya nak buat IVF, saya gunakan untuk buat album. Saya memang nekad. Jadi, soal anak ini saya serahkan kepada Allah.
“Kalau ada, adalah. Kalau tiada, saya enjoy sahaja. Isu ini lebih sensitif kepada perempuan. Ya, memang saya ada rasa sedih tapi saya seorang yang reda.
“Namun, kami masih lagi mencuba. Untuk proses IVF, kami tangguhkan dahulu,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Relakan Jiwa itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pelancaran album Pujangga yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya pada Khamis.
Ads
Katanya lagi, dia dan isteri yang juga pengarah muzik, Genervie Kam kini amat sibuk dan sukar untuk memberikan komitmen terhadap proses IVF.
“Sebelum ini, kami pernah jalani IVF sekali tapi tidak menjadi disebabkan beberapa masalah. Ditambah pula saya seorang perokok. Kita tak boleh terlalu sibuk dan stress untuk lakukan IVF ini.
“Isteri saya pula sangat sibuk dengan arrangement lagu untuk ramai artis. Baru-baru ini, isteri saya telah dimasukkan ke hospital kerana terlalu burn out. Kata doktor, dia diserang minor heart attack.
Ads
“Namun, saya tidak mahu gembar gemburkan hal ini. Pada saya, ini hal biasa kerana dia terlalu penat dan perlu rehat.
“Komitmen saya dan isteri membuatkan kami tidak punyai waktu yang solid untuk tenangkan fikiran ketika menjalani IVF,” katanya lagi.
Malah, Hazama turut menganggap segala yang berlaku ini mempunyai hikmah yang tersendiri dan dia reda dengan segala ketentuan Illahi.
Ads
“Saya okay sahaja. Lagipun saya ada anak buah dan dia memang tinggal dengan saya. Saya memang dikelilingi budak-budak.
“Sebab itu juga saya boleh buat album. Kalau ada anak, saya percaya yang saya tak akan boleh buat album kerana ada tanggungjawab yang perlu diutamakan.
“Album ini lagi best bekerja pada waktu malam. Kalau ada anak, siapa yang nak hantar ke sekolah tu? Mesti kena tidur awal. Segalanya ada hikmah,” akhirinya.
Selepas 11 tahun, Hazama telah pun menerbitkan album Pujangga yang memuatkan 10 buah lagu baharu.
Menurut Hazama, penghasilan album ini merupakan satu kepuasan buat dirinya sebagai anak seni meskipun ketika ini, ramai penyanyi yang memilih untuk menerbitkan single sahaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hidup bagaikan roda, tidak selamanya berada di atas. Inilah yang terjadi kepada bintang Spice Girls, Mel B apabila dia mendedahkan yang dirinya hanya memiliki wang sebanyak £700 apabila berpisah dengan bekas suami, Stephen Belafonte.
Dia yang berhijrah ke Amerika Syarikat selama lebih 15 tahun berkongsi bahawa kehidupan menjadi sukar apabila dia perlu pulang semula ke United Kingdom pada 2019.
Daripada kehidupan yang serba mewah, dia terpaksa tinggal dengan ibunya dan berkongsi bilik yang sama dengan anak-anak. Selain itu, dia juga mula menyesuaikan diri untuk membeli belah di lokasi hemat seperti Aldi dan Lidl.
Mel B atau nama sebenarnya Melanie Brown memfailkan penceraian daripada penerbit filem Hollywood, Stephen Belafonte pada Mac 2017, berikutan dakwaan penderaan yang dilakukan bekas suaminya itu. Walaupun begitu, Stephen menafikan pertuduhan itu berulang kali.
“Orang ramai akan beranggapan saya kaya hanya kerana saya sebahagian daripada Spice Girl, tetapi kehidupan saya berubah daripada membuat persembahan kepada ribuan orang di Wembley pada Jelajah Reunion Spice Girls pada 2019 kepada berhimpit di rumah ibu dengan anak-anak tidur bersama,” ujarnya saat ditemu bual akhbar The Sun.
Selain itu Melanie turut mendakwa bekas suaminya itu melakukan penyelewengan kewangan terhadapnya.
“Saya sentiasa menjaga wang saya sendiri, tetapi lama-kelamaan saya tidak bimbang tentang wang kerana pada pandangan saya dia menjaganya. Tetapi selepas itu saya sedar bahawa saya perlu bermula dari awal,” tambahnya
Kini, selain membina kembali kehidupannya. Mel B berkempen untuk kesedaran isu penderaan rumah tangga. Dia yang menerima darjah kebesaran Member of British Empire (MBE) pada tahun 2022 mendedikasikan penghormatan itu untuk membanteras isu berkenaan.
Imbas kembali, wanita berusia 48 tahun ini mengecap kejayaan besar menerusi kumpulan Spice Girl. Dia memiliki tiga anak perempuan dari tiga hubungan dengan lelaki yang berbeza.
Kini dia kerap memenuhi undangan bertindak sebagai juri untuk pelbagai rancangan seperti X-Factor, The Masked Singer Australia dan America’s Got Talent.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bukan satu tugas yang mudah untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu yang berkerjaya dan itulah yang dilalui oleh pengacara Nana Mahazan.
Nana menerusi entri di Instagram ada berkongsi cerita dan pengalaman dalam membesarkan anak-anaknya.
Bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama itu mengakui sangat mengutamakan soal anak meski sibuk dengan rutin kerjayanya.
“6years ago today. Bila kerja tetap adalah di rumah membesarkan anak anak depan mata. Puas. Bukan sekarang x besarkan dah, tapi dah kembali bekerja, itupun untuk mereka juga. Aaqib belom setahun, Althea 3 tahun lebih.
“Now dalam perjalanan balik dr kerja, tgk balik video ni jadi tersebak. Sebab saya realize, apa yg anak anak kita mahukan adalah masa kita.. attention kita..
“Im glad, saya ada masa itu utk mereka, tapi sekarang saya harap mereka faham, walaupun xdpt spend as much time as before, tapi always, niat mummy n priority mummy adalah anak anak mummy.
“Love you Althea & Aaqib.. #videoalthea #videoaaqib #nanamanusiagigih,” tulisnya.
Untuk rekod, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan mendirikan rumah tangga bersama Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Althea, 9 dan Aaqib, 7.
Video: Instagram Nana Mahazan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model, Ain Edruce dan suami dan suaminya, Amirul Hafiz sepakat mendedahkan wajah anak pertama mereka, Soraya.
Pendedahan itu dibuat pasangan ini menerusi saluran YouTubenya. Di samping memuat naik video dan kompilasi gambar puteri sulung, keduanya turut menjawab beberapa persoalan yang ditanyakan peminat.
Pada hujung video, Ain turut memangku anaknya yang sedang tidur.
“Soraya bermaksud cantik. Jadi kitaorang bagi nama tu dekat dia. Ain tahu dah ramai sangat nak tengok gambar dia (Soraya).
“Malah pada kawan pun tak tunjuk sebab masih awal. Tapi sekarang usianya sudah berbelas hari. Saya kongsi bukan sebab nak menunjuk atau apa.
“Hanya nak berkongsi kegembiraan kami. Our little Soraya,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat teruja dan tumpang gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga pasangan ini.
Malah tak kurang yang memuji kecomelan Soraya dan mendoakan agar membesar menjadi seorang anak solehah.
Untuk rekod, Ain Edruce selamat melahirkan anak pertama itu pada 19 Mei 2021 lalu.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib memanjatkan rasa syukur apabila impian untuk membawa sahabat baiknya, Mamat Sepah untuk bersama-sama menunaikan umrah akhirnya menjadi kenyataan.Menurut Shuib, hasrat...