Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu kaum wanita yang bersikap kasar dan biadap terhadap orang lain.
Pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya misalnya ada meluahkan rasa sedih terhadap segelintir kaum wanita yang suka marah dan memaki hamun serta tidak menghormati orang lain.
Selain itu, Fedtri juga memberitahu sikap sedemikian boleh memberikan kesan buruk kepada kaum wanita dan masyarakat.
“Dah terbiasa dalam lingkungan wanita baik-baik, rasa sedih pulak tengok wanita yang kaya dengan maki hamun sumpah seranah seperti diamuk jin dan iblis.
“Rezeki akan sempit dengan api kemarahan Dunia akan gelap dengan ibu yang lancang kerana ibu adalah madrasah mulia,” tulisnya.
Lantas, perkongsian pengacara berusia 39 tahun ini mendapat reaksi pelbagai wargamaya.
Menerusi ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kesal dan kesal terhadap isu tersebut.
Tidak salah untuk kita mengamalkan sikap sopan santun dalam kehidupan seharian. Betul tak?
Foto: Instagram Fedtri Yahya