Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengakui dirinya berasa agak tersentuh selepas melihat suasana ketika mengadakan sesi temu duga di salah sebuah outlet Bubblebee di cawangan Kubang Kerian dan Kota Bharu.
Jelas Shuib, sepanjang sesi temu duga itu berlangsung, dia berasa agak terkejut melihat jumlah calon yang hadir sedangkan jumlah kekosongan hanyalah dalam lingkungan 40 orang.
View this post on Instagram
“Ini video semalam di mana kami @bubblebeemalaysia ada buat interview untuk mencari crew-crew baru di Kubang Kerian dan Kota Bharu Kelantan. Beratus yang datang dari setiap pelusuk Kelantan.
“Sedihnya rasa mcm nak amik kerja semua yang datang tapi ruang kekosongan buat masa ni hanyalah 40 lebih sahaja. Semoga ade rezeki korang, semoga terus tabah dengan keadaan sekarang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shuib turut berharap agar semua pihak yang terjejas ekonominya dikala pemdemik Covid-19 ini diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.
Malah, Shuib turut menyasarkan akan membuka lebih banyak cawangan Bubblebee terutamanya di negeri Kelantan bagi memberikan lebih banyak peluang pekerjaan buat penduduk setempat ada masa akan datang.
“InsyaAllah, Allah maha besar, rezeki di mana-mana. Terima kasih sudi datang untuk sesi interview, maaf jika ada kekurangan, doakan kami dapat banyak lagi outlet di Kelantan supaya banyak lagi peluang pekerjaan dapat di adakan, Amin @bubblebeemalaysia_hq,” akhirinya.
Sumber: Instagram Shuib Sepahtu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI