Semalam, pelakon Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Muhammad Atiq Idris 33, dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi kira-kira jam 9.59 pagi Jumaat.
Pasangan sama cantik sama padan ini telahdinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni.
Terdahulu, keduanya ini sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas dan malam tadi, majlis resepsi telah pun dilangsungkan dengan cukup meriah.
Diraikan keluarga serta teman rapat pada majlis raja sehari, pasangan mempelai tampak berseri-seri sambil mengayakan busana tradisional kontemporari sedondon dalam material songket.
Turut menjadi saksi penyatuan dua jiwa, tema persandingan yang cukup intim sepertinya mengangkat warisan budaya Melayu begitu menarik perhatian tetamu yang hadir.
Ads
Malah, tarian tradisional juga menggamit memori indah majlis resepsi pasangan pengantin ini yang dilangsungkan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Tasha menerusi Instagram ada berkongsi momen menarik sepanjang majlis, sambil memberikan kredit kepada semua pihak yang terlibat.
Drama, drama dan drama! Itulah yang berlaku di Hollywood ketika ini. Drama yang melibatkan isteri Kurt Cobain dan penyanyi kelahiran Disney, Olivia Rodrigo ini bermula apabila penyanyi muda itu memuatnaik satu gambar untuk rangka promosi filem konsert atas talian album sulungnya, Sour yang kini sudah mendaki tangga carta.
Menerapkan konsep prom, dalam hantarannya di Instagram empat hari lalu, Olivia memuatnaik gambar promosi yang mana dirinya yang sedang menggayakan gaun rona merah jambu siap dengan tiara dan memegang bunga. Penampilannya tampil lebih dramatik apabila solekannyanya pula dibuat agar maskara kelihatan comot seperti baru lepas menangis.
Namun begitu konsep dan penggayaan yang diterapkan ini tidak disenangi Courtney Love yang merupakan vokalis kumpulan rock alternatif, Hole. Dia menyifatkan yang gambar tersebut meniru konsep kulit album Live Through This yang diterbitkan kumpulan itu pada tahun 1994.
Pada kulit album tersebut, kumpulan ini menampilkan model fesyen, Leilani Bishop yang mengenakan tiara sambil memegang bunga dengan keadaan maskara yang comot. Foto yang dirakam oleh Ellen von Unwerth ini disifatkan Courtney sebagai idea asal dan tidak mengambil apa-apa inspirasi atau rujukan dari gambar lain.
Isteri kepada mendiang Kurt Cobain ini cuba menyindir Olivia di Instagramnya dengan memuatnaik gambar Olivia dengan hantaran, Spot the difference #twinning! @oliviarodrigo. Penyanyi muda berusia 18 tahun itu kemudian membalas, love you live through this so much. Tanpa disangka Courtney kemudiannya membalas kembali hantaran tersebut dengan meminta bintang Disney tersebut menghantar sejambang bunga dari kedai bunga kegemarannya bersama sepucuk nota.
Tidak cukup hanya di Instagram, Courtney membawa isu ini ke facebook pula. Di situ dapat dilihat yang dia tidak berpuas hati terhadap konsep gambar penyanyi muda yang dikatakan meniru kulit album kumpulannya.
Dalam satu balasan kepada komen yang diberikan kepadanya, dia berkata, “Dia kurang ajar, dan Geffen tidak bertanya pada diri saya atau Ellen von. Ini berlaku sepanjang karier saya jadi saya tidak peduli. Adab tetap adab.” Geffen yang dimaksudkan merujuk kepada syarikat rakaman Geffen Records yang mana Olivia adalah salah seorang artis naungan syarikat tersebut.
Wow, didn’t know Courtney Love owns the rights on EVERY SINGLE PROM PHOTO w/FLOWERS cover
did Carrie have to check with you and send a thank you note too?
Menariknya, ada yang tidak bersetuju dengan Courtney kerana menyifatkan sudah banyak konsep seperti itu digunakan. Antaranya penggayaan karakter gadis bernama Carrrie dari filem seram popular, Carrie. Jadi apa pula pandangan anda? Sama ke? Ataupun sebenarnya gaya prom seperti ini sudah wujud sekian lama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kerap menunjuk reaksi wajah ‘sombong’ ketika menerima komen-komen negatif daripada para juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).
Menurut Shila, isu seperti ini dilihat seperti sengaja dibangkitkan bagi menanam kebencian terhadap dirinya.
“Apa yang boleh saya katakan, orang-orang di Twitter ini ada sahaja perkara yang mereka ingin bangkitkan. Seandainya mereka berani untuk bercakap sebegitu secara bersemuka, saya sangat seronok untuk mendengarnya.
“Saya ini kalau bernafas pun orang akan bercakap. Tak tahulah. Mereka seperti tidak suka kepada saya tapi mengapa, saya okay sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Memori Tercipta itu berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert separuh GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.
Tambah Shila lagi, pendengarannya sewaktu di atas pentas juga agak terbatas disebabkan ‘ear monitor’ yang dipakainya.
“Bayangkan bila kita selesai membuat persembahan, sudah tentu kita penat. Saya ini sejenis bila sedang fokus, wajah saya akan berkerut. Itu wajah fokus saya. Pernah ke saya buat ‘rolling eyes’ semasa merima komen juri? Rasanya tak pernah.
“Ketika penjurian, saya masih lagi memakai ear monitor. Suara juri tidak kedengaran di situ. Saya tak sempat nak buka pun. Saya kena fokus betul-betul untuk mendengarnya ketika di atas pentas,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai soal kehadiran bapanya yang juga merupakan penyanyi, ND Lala bersama ibunya malam tadi, Shila memberitahu, dia sangat gembira bila orang yang paling disayanginya itu menonton persembahannya.
“Kehadiran kedua ibu bapa saya ini juga merupakan satu kejutan buat anda semua. Kita memang dah ramcang sebegitu. Bapa saya selalu sibuk bila hujung minggu.
“Saya sangat gembira untuk melihat bapa saya di sini malam ini. Dia memang sudah berjanji akan datang pada konsert separuh akhir dan final,” jelasnya lagi.
Semalam, Shila telah membawakan lagu Sang Dewi dendangan asal Titi DJ. Manakala pusingan duet pula, Shila telah bergandingan bersama penyanyi, Jaclyn Victor menerusi lagu Sampai Bila (Misha Omar).
Dua persembahan memukau itu memboleh Shila berada ditempatkan kedua dengan markah 79.20% seterusnya berjaya mara ke konsert akhir Ahad ini.
Jaclyn Victor unggul ditempat pertama dengan meraih markah tertinggi 84.30%.
Selain Jaclyn dan Shila, empat lagi peserta turut berjaya mara ke konsert akhir iaitu Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan VE.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Shila Amzah ditahan di sebuah hospital kerana alergi makanan Jepun.
Popular dengan lagu Patah Seribu, Shila telah berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.
“Just found out that I’m allergic to Japanese food. Satu malam tak boleh tidur.. Nak kata heartburn dah 2 sachet gaviscon kita telan.. Sampai sakit dada.. Asthma attack pun bukan..
“Alhamdulillah jantung semua okay.. Cuma masih sempit dada nak nafas.. Sakit lagi.. Hopefully after few days, mkn ubat kat rumah.. Rest, I’ll be okay kot in sha Allah..thank you semua nurse ngan doctor tadi #babymelayu #taksukamakananjepun#exceptteppanyakikatsungeiwang,” tulis Shila.
Shila ketika ini sedang sarat hamil cahaya mata sulung hasil perkongsian dengan suami, Haris Idraki Elias yang telah mendirikan rumah tangga pada April 2018.
Foto : Intsagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!