Sudah menjadi adat Melayu di mana bayi yang baru lahir pasti akan diadakan majlis cukur jambul buat mereka.
Baru-baru ini penyanyi popular, Hafiz Suip telah mengadakan majlis cukur jambul buat anak sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri.
Melalui rancangan Melodi semalam, Hafiz memaklumkan semua persiapan untuk majlis ini telah disiap sediakan oleh isterinya sendiri tanpa bantuannya.
Malah, dia turut bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Memang tidak dinafikan, meriah sungguh majlis cukur jambul tersebut dan keluarga Hafiz juga turut kelihatan segak dan cantik dengan baju sedondon berwarna kuning.
Mujur anaknya Riyadh dalam keadaan yang terkawal dan tenang pada hari tersebut.
Ok lah jom MH kongsi dengan korang gambar sekitar majlis cukur jambul anak kepada penyanyi popular ini.
Sumber: Instagram Hafiz Suip