Isteri kepada PU Abu Sufyan iaitu Hana Azraa meluahkan rasa kerana tidak mahu terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial.

Baginya, lebih baik berdiam diri daripada berkongsi cerita di media sosial kerana seolah-olah mahukan perhatian orang ramai.

“Kalau aku memilih untuk bercerita di social media, dah lama aku bercerita. Segala bentuk bukti sama ada dalam teks mahupun bergambar boleh aku dedah. Sebab aku ada.

“Tapi, andai aku pilih untuk membuka semua tu, apa beza nya aku dan kau? Sama. Tiadalah beza kita melainkan hanya pura pura di hadapan manusia. Hanya menagih & dahaga perhatian.

“Jadi aku memilih untuk berdiam. Biar lah apa pun pandangan manusia terhadap aku. Biar lah. Cukup diri ini tahu apa yang diri aku tahu. Dan cukup Allah sahaja yang tahu rahsia itu,” tulisnya.

IKLAN

Malah, Hana yang kini hamil anak sulung hasil perkongsian hidup dengan  Abu berdoa agar Allah menjaga aib umat Islam di dunia dan akhirat.

“Semoga Allah menutup aib kalian. Semoga Allah menjaga aib kita semua juga bukan sahaja di dunia ini, bukan sahaja di social media ini. Malah juga di akhirat. Jangan lupa surah al Kahfi by the way,” akhirinya.

IKLAN

“Segala Bentuk Bukti Aku Boleh Dedah,”- Isteri Pu Abu, Hana Azraa Pilih Berdiam Diri Di Media Sosial, Semoga Allah Jaga Aib Kalian 

“Segala Bentuk Bukti Aku Boleh Dedah,”- Isteri Pu Abu, Hana Azraa Pilih Berdiam Diri Di Media Sosial, Semoga Allah Jaga Aib Kalian 

IKLAN

Terdahulu, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

Hasil perkongsian hidup, Hana kini sedang hamil second trimester.

“Segala Bentuk Bukti Aku Boleh Dedah,”- Isteri Pu Abu, Hana Azraa Pilih Berdiam Diri Di Media Sosial, Semoga Allah Jaga Aib Kalian  “Segala Bentuk Bukti Aku Boleh Dedah,”- Isteri Pu Abu, Hana Azraa Pilih Berdiam Diri Di Media Sosial, Semoga Allah Jaga Aib Kalian  “Segala Bentuk Bukti Aku Boleh Dedah,”- Isteri Pu Abu, Hana Azraa Pilih Berdiam Diri Di Media Sosial, Semoga Allah Jaga Aib Kalian 

Foto : Instagram Hana Azraa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI