Tidak pernah melatah, pelakon Lisdawati Nazaruddin memilih untuk terus tenang menangani isu sensasi dunia hiburan, termasuk hal melibatkan suami iaitu aktor, Fauzi Nawawi.
Menurut Lisdawati, 44, dia selesa untuk mengunci mulut kerana lebih mengenali luar dalam, baik dan buruk suami.
“Segala kontroversi, fitnah atau aib suami, saya akan zip mulut… sebab saya lebih kenal suami saya luar dan dalam.
“InsyaAllah, kalau Allah SWT izinkan, biarlah hubungan kami kekal sampai tutup mata.
“Isu apa sekali pun, kalau ada yang komen, saya doakan mereka kembali ke pangkal jalan dan lebih mendekatkan diri kepada Allah.
“Bagi saya, Allah lebih tahu dan kita sebagai manusia, jangan buat kerja dia,” katanya kepada MH.
Sebelum ini, Fauzi, 49, terpalit kontroversi terlepas cakap isu rogol menerusi satu program temu bual yang disiarkan tahun lalu.
Ibu kepada empat cahaya mata itu juga menafikan perkhabaran bahawa suaminya masih lagi diboikot produser, sebaliknya menyifatkan rezeki Fauzi kini semakin melimpah ruah.
“Alhamdulillah, dia (Fauzi) sampai tak menang tanganlah. Sehari hari pergi shooting. Sampai ada yang dia terpaksa tolak dengan baik.
“Saya percaya ramai penerbit dan pengarah masih mempercayai bakat yang ada padanya.
“Saya pernah cakap dengan dia, apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah. InsyaAllah semua perkara akan dipermudahkan,” katanya.
Sekadar informasi, Lisdawati mendirikan rumah tangga dengan Fauzi pada September 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14, Nur Aina Fazneesya, 13, Ahmad Nur Fyrdaus, 8, dan Ahmad Nur Fayyadh, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Lisdawati