Pelakon dan hos, Janna Nick dilihat tampil membuat laporan polis, dipercayai dibuat terhadap pemilik akaun yang mencetuskan provokasi serta melemparkan fitnah di laman media sosial terhadapnya, baru-baru ini.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,26, menyatakan kesemua tangkap layar (screenshot) akaun terlibat telah diambil oleh pihak berkuasa untuk tindakan susulan.

“Segala Screenshot Telah Diambil Pihak Berkuasa,” – Akaun Instagram & Twitter Janna Nick ‘Hilang’, Turut Buat Laporan Polis Sebab…

“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua akaun yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.

“Segala screenshot telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat,” tulisnya.

Ads

Pendedahan itu dibuat menerusi dua ciapan (tweet) di laman Twitter miliknya, pada awal pagi tadi.

Sebelum ini, nama pelakon Marry Me Senorita itu menjadi bualan ramai sehinggakan trending #jannanickisgoingtojailparty di Twitter.

Ads

Janna dikatakan telah mencetuskan kemarahan peminat Kpop apabila dia dan pelakon Sharifah Sakinah didakwa tidak menghormati pemergian bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

Tampil membuat penjelasan dan tidak mahu panjangkan isu, pelakon tersebebut turut bersumpah dengan memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat pengakuan terhadap isu beberapa tahun lalu yang ditularkan kembali.

Ads

Terkini, akaun rasmi Twitter dan Instagram (IG) milik bintang berkenaan sudah tidak ada lagi.

“Segala Screenshot Telah Diambil Pihak Berkuasa,” – Akaun Instagram & Twitter Janna Nick ‘Hilang’, Turut Buat Laporan Polis Sebab…

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Janna deactive sendiri atau ia hasil report yang dibuat oleh peminat K-Pop terhadap IG dan Twitter terbabit.

Buat masa ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak hos Melodi itu berhubung isu terbabit.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI