“Segala Urusan Dipermudah, Kini Neelofa Sedang Berehat…,” – PU Riz

Share

Tahniah diucapkan buat hos dan usahawan, Noor Neelofa yang telah pun selamat bersalin bayi lelaki pada 29 Januari lalu, kira-kira jam 3.44 petang.

Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz sepakat menamakan anak mereka, Muhammad Bilal Muhammad Haris.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” kata Haris menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, pasangan selebriti berkenaan memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi sebarang foto anak lelaki mereka buat masa sekarang.

Untuk rekod, Neelofa dan Harris yang juga pendakwah bebas terkenal mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH