Pengacara terkenal, Jihan Muse akui gurauannya mempersenda nama bapa kepada penyanyi, Azmi Saat agak keterlaluan sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Menurut Jihan, dia tidak mempunyai niat mempersenda mahupun menghina Azmi yang juga dengan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan namun, tetap menyifatkan tindakkannya itu tidak sensitif.
“Mengenai isu segmen bersama Azmi Saat tempoh hari, saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau pada hari Isnin yang lalu.
“Tiadalah saya berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan. Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif.
“Begitu juga dengan gurauan yang tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia
tidak patut berlaku pada sesiapa pun,” tulisnya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut membuat permohanan maaf secara terbuka kepada Azmi menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Rabu.
Pada masa sama, Jihan turut menyifatkan insiden ini sebagai pengajaran buat dirinya dan berharap agar tindakkannya itu tidak menjadi ikutan.
“Bagaimanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran. Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri.
“Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi baik dari saya atau sesiapa saja. la bukan perkara yang boleh dinormalisasikan.
“Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini. Teruskan menonton dan menyokong ASGV. Terima kasih,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Jihan telah dikecam hebat netizen susulan mempersenda nama bapa Azmi secara langsung ketika mengacarakan program All Star Gegar Vaganza pada Ahad lepas.
Ketika ditemui media pada Selasa, Azmi mendedahkan dirinya tidak berasa hati dengan gurauan tersebut namun tetap menasihati Jihan agar lebih berhati-hati ketika bergurau dikhalayak ramai.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jihan Muse
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI