“Saya sudah berusaha setakat termampu dengan kapasiti yang ada kepada masyarakat Sabak Bernam. Keputusan malam ini kita terserah kepada Allah.”

Demikian kata Datuk Seri Eizlan Yusof, yang juga calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) menggunakan logo Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertanding di P.092, Parlimen Sabak Bernam.

Menurut Eizlan, 51, dia sudah dua minggu berkampung demi menyantuni pengundi tempatan.

“Hampir semua isu yang telah dibangkitkan rakyat sudah didengari malah ada yang diselesaikan terus dengan bantuan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

Ads

“Nawaitu saya tetap sama, andai ada rezeki, saya akan terus buat kerja tapi andai tiada rezeki sekali pun, saya akan tetap bekerja untuk masyarakat Sabak Bernam atas kapasiti NGO (Badan Bukan Kerajaan),” katanya.

“Segalanya Terserah Kepada Allah,” – Eizlan Yusof “Segalanya Terserah Kepada Allah,” – Eizlan Yusof

Ads

Awal hari ini, Eizlan turut mengambil peluang bertemu dengan pengundi di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sabak Bernam sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tanggung jawab sebagai pengundi di Setiawangsa pada tengahari.

Selesai sahaja proses ‘buang undi’, pelakon ini akan kembali ke Sabak Bernam pada sebelah petang untuk keputusan akhir yang akan diumumkan di Dewan Tun Razak Sabak Bernam, malam ini.

Ads

Eizlan bertanding empat penjuru menentang calon PN, Kalam Sahlan; calon Pakatan Harapan (PH), Shamsul Ma’arif Ismail dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Rahman Bakri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Syamsah Photography

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI