Kurang lapan bulan selepas pemergian ibu tercinta, pelakon senior, Rozie Rashid memaklumkan bapanya, Mohd Rashid Sani pula pergi menghadap Illahi pada Khamis.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Rozie atau nama sebenarnya Roziwati Mohd Rashid menerusi hantaran terkini di laman Instagram awal petang tadi.
“Kehilangan yang tak dijangka langsung. Cepatnya abah ikut mummy. Abah rindu mummy ya? Pergilah abah, abah dah boleh selamanya dengan mummy.
“Terima kasih banyak-banyak kerana abah didik kami dan jaga kami sepanjang hidup abah. Sampai hujung nyawa tetap ambil tahu kebajikan anak cucu cicit,” tulisnya.
Bagaimanapun, Rozie tetap bersyukur kerana dia sempat meluangkan masa ketika detik-detik terakhir sebelum bapanya itu melelapkan mata buat selama-lamanya.
“Syukur sangat sehari sebelum abah pergi, abah nak adik uruskan abah, potong rambut, cukur misai janggut. Bersih kuku tangan dan kaki. Lap badan badan. Handsome sangat lepas bersihkan diri abah. Sanggup tunggu adik balik Perlis.
“Last makan kuih yang abah tak terpernah suka. Kuih kaswi, padahal tu kuih fav mum. Abah makan untuk mum ya. Ada juga kenangan terakhir denga abah. Abah happy sangat masa tu. Video kenangan kami.
“Next day abah pergi dengan tenang sgt. Alhamdulillah, along dan ancik ada masa tu,” kongsinya lagi.
Jelas Rozie lagi, dia dan adik beradiknya kini harus menerima hakikat bahawa mereka kini sudah pun bergelar anak yatim.
“Dipermudahkan segala urusan abah. Alhamdulillah anak-anak sempat mandi abah. Abah berseri sangat.. Lena ‘tidur’ abah. Tenanglah abah kat sana dengan bidadari abah yang sedia menanti abah.
Alhamdulillah kubur mum dekat sgt dengan kubur abah.
“Macam tak boleh nak move on. Mum baru pergi lapan bulan, sekarang abah pergi juga. Kami dah jadi anak yatim piatu. Ya Allah, alhamdulillah syukur nikmatMU yang kau pinjam pada kami sekeluarga.
“Abah dan mummy anugerah yang tak ternilai untuk kami sekeluarga. syurga kami,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Rozie memaklumkan jenazah bapanya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Merab pada hari yang sama berhampiran dengan pusara ibunya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rozie Rashid