Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Harez Hazim Hazrin, Jumaat lalu.
Lalu, hos berusia 23 tahun itu turut mengadakan majlis persandingan di TWH Glasshall, Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, semalam.
Tampil manis mengenakan baju berona pastel berperincian, Adriana dan suami kelihatan secocok dan cantik, sama padan.
Tambah meriah, rakan selebriti turut menghadiri majlis persandingan pelakon Suri Hati Mr Pilot berkenaan.
Foto: Instagram rakan selebriti