Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sepang, Selangor atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial miliknya.
Memetik Harian Metro, Zul atau nama sebenar, Zul Ariffin didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Hadir seawal jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam di Kompleks Mahkamah Sepang, pelakon berusia 36 tahun itu turut diiringi oleh peguam yang mewakilinya dan rakannya.
Zul sebelum ini didakwa berkongsi video ‘babak panas’ bersama seorang pelakon wanita sebagai promosi drama bersiri terbaharu lakonannya menerusi laman Instagram pada April lalu.
Selain mengundang kecaman netizen, video yang dimuat naik itu juga turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Adegan di dalam video itu mengundang kritikan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam kerana drama itu dimaklumkan akan ditayangkan semasa Ramadan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Krew dan tenaga kerja yang terlibat di belakang tabir juga memainkan peranan penting kepada sesebuah syarikat produksi untuk menjayakan sesebuah drama ataupun filem misalnya.
Bagaimanapun, sektor kreatif ini masih lagi belum dibenarkan beroperasi sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang dilaksanakan pihak kerajaan bagi menangani penularan wabak Covid-19.
Sebagai seorang pelakon yang peka dan prihatin, rakan artis dilihat mulai memuat naik posting yang menggunakan hashtag #ApaKhabarAnakSeni khusus bagi mengeratkan hubungan dan bertanya khabar
Pada masa sama, bintang drama bersiri Love Elsa turut meluahkan rasa rindu untuk kembali bekerja di set pengambaran bersama krew produksi.
“Apa khabar anak seni? Anak seni bukan sahaja yang berada di hadapan kamera, tapi mereka yang di belakang tabir yang menjayakan sesebuah produksi.
“Apa khabar kalian semua? Semoga pandemik ini berlalu pergi dan kita dapat bekerja semula seperti biasa.
“Salam rindu untuk semua anak seni yang Yana pernah berkerja bersama. Semoga sentiasa berada dalam pelukan Allah #ApaKhabarAnakSeni,” tulisnya.
Penyanyi, Imran Ajmain mendedahkan dirinya langsung tidak mempunyai masalah untuk memenuhi sebarang jemputan persembahan walaupun di majlis-majlis perkahwinan yang diadakan secara sederhana.
Menurut Imran, sebagai menghargai jasa peminat yang selama ini telah menyokongnya, dia jarang menolak untuk menghadiri apa sahaja jenis jemputan.
“Sebenarnya memang ada artis yang tidak mahu menyanyi di majlis perkahwinan yang diadakan di bawah khemah. Saya sendiri banyak terima undangan yang sebenarnya saya bukan pilihan pertama.
“Bila mereka cerita kepada saya yang ada artis ni tak dapat datang, tapi saya rasa artis tersebut tak nak datang sebab keadaan majlisnya tidak ‘grand’ atau bayaran yang ditawarkan itu tidak semegah yang disangka.
“Bagi saya pula, bila kita dapat sesuatu rezeki itu, saya jarang mengatakan tidak. Yang sayang saya tu ramai. Walaupun saya tak popular tapi saya tahu kepuasan itu masih ada.
“Saya masih lagi dapat pulanganya terutamanya dari segi perhatian yang diberikan. Itu sudah mencukupi,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Seribu Tahun itu berkata sedemikan dalam satu temuramahnya bersama MH baru-baru ini.
Dalam pada itu, Imran turut memaklumkan dia sebenarnya aktif mengadakan konsert jelajah disetiap negeri yang diuruskan sepenuhnya oleh dirinya sendiri.
“Disebabkan saya tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman besar, saya mulakan sendiri jelajah saya pada tahun 2011. Segalanya saya buat sendiri.
“Saya sendiri yang mencari kafe-kafe dari Melaka sampailah ke Sabah dan Sarawak. Semuanya saya uruskan sendiri. Sejak dari itu, baru saya sedar yang kita boleh anjurkan show sendiri. Tak perlu tunggu orang jemput atau pelawa.
“Meskipun kejayaan konsert tersebut hanya kecil, tapi saya dapat rasa apa yang peminat suka.
“Bila saya hebahkan di seluruh platform media sosial, ramai artis yang bertanya siapa penganjurnya? Bila saya cakap saya buat sendiri mereka tak percaya sebab buat konsert ni bukan mudah,” kongsinya lagi.
Tambahnya lagi, perhatian yang diberikan oleh peminat sangat berbeza jika ingin dibandingkan ketika dia membuat persembahan di majlis-majlis korporat.
“Pada 2018, saya buat persembahan di 25 tempat di setiap negeri. Berbeza pula dengan persembahan corporate dan sebagainya. Meskipun saya dibayar untuk menyanyikan dua atau tiga buah lagu, yang datang hanya dua tiga orang yang mendekati kita.
“Yang lain mereka hanya akan makan sebab mereka tak tahu pun kita ada di situ. Tapi bila kita buat event yang saya adalah star of the show, mereka datang khusus untuk kita.
“Perhatian yang mereka berikan amat tinggi. Malah, pulangan yang saya dapat juga jauh lagi tinggi. Usaha yang saya buat ni dapat sedikit sebanyak memanjangkan jangka hayat saya sebagai seorang penyanyi,” akhirinya.
Terdahulu, selain aktif menyanyi, Imran yang kini sudah pun bergelar warganegara Malaysia turut dikhabarkan sibuk menguruskan bisnes agensi kreatif miliknya sendiri.
Agensi tersebut memberi fokus kepada khidmat penghasilan video, foto, seni reka grafik dan pengurusan sosial media.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...