“Sehari Sebelum Lahirkan Iris, Doktor Cakap Kepala Bayi Masih ‘Jauh’,” – Berjaya Bersalin Normal, Ini Pengalaman Mia Ahmad

Share

Berkongsi pengalaman melahirkan anak kedua, pelakon Mia Ahmad meluahkan rasa syukur kerana urusan bersalinnya dipermudahkan.

Kongsi Mia, dia melakukan beberapa senaman ringan sebelum melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Iris itu.

“1 day before i gv birth to Iris.. doc ckp kepala baby masih jauh. Takut kena c-sect, aaaa taknak la cuz Issa dulu bersalin normal kan.

“So esok pagi nya mia jalan satu taman and turun naik bukit, semua org tgk mak buyung gigih dgn perut besar beriadah.

“Jam 2 pagi bangun nak shishi tgk dah bloody show tapi tak ada rasa sakit contraction.

“Alhamdulillah. Allah permudahkan. Our little Iris safely delivered on 18th of June 2020, 5.10pm via normal delivery.

“Thank you all for your thoughts and prayers,” tulisnya.

Terdahulu, Mia selamat melahirkan anak perempuan, Iris pada 18 Jun lalu jam 5:10 petang.

Malah, Mia turut mendedahkan wajah penuh anaknya itu 10 hari kemudian di Instagram.

Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd. Izham Tarmizi.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Sayf Issa,2 tahun dan Iris yang kini berusia 18 hari.

Foto: Instagram Mia Ahmad

Published by
Amynur Akmal