Pelakon Ruhainies tampil memberikan reaksi berhubung komen sesetengah netizen yang mendakwa layanan yang diberi kakitangan perubatan terhadapnya ketika menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai kasar.
Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkata, petugas kesihatan terbabit menjalankan ujian swab dengan cermat dan baik, mungkin ia kelihatan sedemikian kerana dirinya yang tak duduk diam kerana ketakutan.
“Tidaklah kasar seperti yang dibayangkan sesetengah netizen. Mungkin hanya sudut video ia kelihatan sedemikian. Bagi saya okay sahaja. Malah sebelum buat ‘swab’ pun, petugas kesihatan tersebut beri masa untuk saya bertenang.
“Ketika itu, hanya saya yang berada di klinik swasta terbabit untuk menjalankan ujian saringan. Tidaklah petugas tersebut melakukan sesi itu secara kasar kerana ramai yang menunggu giliran sebagaimana yang disangka sesetengah pihak.
“Mungkin yang beri komen itu melalui pengalaman berbeza dengan saya. Jadi masing-masing boleh memberikan pendapat,” katanya.
Ads
Terdahulu, Ruhainies memuat naik video melakukan ujian calitan Covid-19 menerusi Instagram pada Khamis hingga mengundang reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Bintang drama Jejak Karmila ini turut menambah, setiap individu juga mempunyai tahap keberanian masing-masing.
Ads
“Orang yang rapat dengan saya tahu mengenai tahap ketakutan saya terhadap hal sedemikian. Seharian tidak boleh tidur bila esoknya ada temujanji ‘swab test’. Malah sepanjang 29 tahun ini, saya hanya sekali masuk wad. Itu pun kerana menjalani pembedahan appendiks.
“Sebolehnya saya elak untuk masuk hospital sebab takut punya fasal, sampai begitu sekali. Keluarga pun faham.
“Jadi bila juga yang cakap saya hanya mengada-ngada lebih, orang boleh cakap macam-macam. Masing-masing ada pendapat dan mungkin petugas yang lakukan ujian terhadap mereka buat dengan lembut atau mereka tidak penakut macam saya.
“Yang penting, petugas tersebut sudah jalankan ujian saringan dengan baik. Saya pun tidaklah rasa sakit atau ada kesan sampingan selepas itu.
Ads
“Alhamdulillah, hasil keputusan yang diterima juga negatif,” katanya yang menghormati akan komitmen para petugas barisan hadapan di di dalam menjalankan tugas.
Dalam perkembangan lain, Ruhainies bakal memasuki set drama rantaian 40 episod, Cukup Derita Itu di samping Jasmin Hamid, Didie Alias, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Sehingga kini, video yang dimuat naik itu telah pun menerima hampir 200,000 kali tontonan.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam telah berkongsi beberapa keping gambar menerusi laman Instagram miliknya.
Kongsi Rebecca, dia telah meluangkan masa bersama anak-anak dan pembantu rumahnya dengan bersiar-siar di sekitar kota Kuala Lumpur.
“Showing my kids and Helpers the venue of my wedding reception a few years ago How time flies #MenaraKualaLumpur#menarakualalumpurtower#menaraberputarkualalumpur ….
“#mrsazam #memoriesIn2011#16012011 ….Selamat Malam Dunia ,Selamat Malam Malaysia …Selamat Malam Kuala Lumpur”
Lantas, perkongsian pelakon yang berusia 33 tahun itu telah menerima pujian daripada peminat.
Rata-rata peminat memuji Rebecca yang bersikap penyayang dan murah hati terhadap pembantu rumahnya.
Apabila bercakap mengenai filem Titanic, sudah pasti semua mengenali atau menonton filem berkenaan yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.
Malah, seorang individu yang telah menulis satu twit mengenai sejarah kejadian karamnya kapal persiaran mewah itu yang kini sudah genap 109 tahun.
Menerusi entri berkenaan, kejadian yang menimpa kepada kapal tersebut disifatkan sebagai sejarah kemalangan maritim paling teruk selepas ia karam ketika membuat pelayaran pertama dari Southampton, England, ke New York pada 10 April 1912.
Ketika belayar, telah berlaku pelanggaran dengan bongkah ais gergasi ketika kapal berkenaan merentasi lautan Antlatik pada 14 April 1912.
“14 April 1912 Hari ini genap 109 tahun ulangtahun kemalangan maritim paling teruk di dalam sejarah maritim.
“11.40 malam 14 April 1912 bermulanya kematian yang paling dasyat di dalam sejarah maritime,” tulisnya.
14 April 1912
Hari ini genap 109 tahun ulangtahun kemalangan maritim paling teruk di dalam sejarah maritim.
11.40 malam 14 April 1912 bermulanya kematian yang paling dasyat di dalam sejarah maritim. pic.twitter.com/lzbpzNZsnh
Satu foto terkini yang dimuat naik pelakon dan penyanyi, Nur Fazura di Instagram bersama permata hatinya, Nur Fatima Aisya mendapat perhatian wargamaya.
Meski tidak berkongsi foto penuh wajah bayi perempuannya itu, namun para peminat sudah pun teruja malah memuji kecomelan si kecil yang dilahirkan pada 2 Oktober lalu itu.
Fazura yang dirakam sedang membelai Fatina yang lengkap mengenakan persalinan rona merah jambu cair itu menerima reaksi pelbagai peminat.
Antaranya;
Imbas kembali, Fazura dan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.