Pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk membincangkan topik mengenai masalah kesihatan mental yang bertajuk ‘Aku Tak Mental’ menerusi rancangan bual biacara Wanita Hari Ini di TV3.

Menerusi perbincangan yang diadakan secara virtual itu, Sakinah mengakui dia ada menerima persepsi negatif daripada masyarakat terhadap masalah kesihatan mental yang dialaminya.

Jelasnya, ada segelintir masyarakat yang masih lagi tidak bersikap terbuka dan kurang memberikan sokongan buat pesakit yang berdepan kesihatan mental.

“Sehingga Hari Ini, Saya Masih Lagi Tak Berani Bercerita…,” – Pandangan Sharifah Sakinah Dalam ‘Aku Tak Mental’, Minta Ramai Jadi Pendegar Yang Baik “Sehingga Hari Ini, Saya Masih Lagi Tak Berani Bercerita…,” – Pandangan Sharifah Sakinah Dalam ‘Aku Tak Mental’, Minta Ramai Jadi Pendegar Yang Baik

“Sehingga ke hari ini, saya masih lagi tidak berani untuk bercerita masalah saya dekat orang sebab saya rasa masyarakat atau mentaliti komuniti kita masih belum lagi sampai tahap bersikap terbuka atau untuk mendengar.

“Orang kita lebih suka bercakap daripada untuk mendengar, saya punya persekitaran macam tu. Tapi bila kita mahu bercerita dengan keluarga atau kawan, mereka tidak tahu apa itu masalah mental,” katanya.

“Sehingga Hari Ini, Saya Masih Lagi Tak Berani Bercerita…,” – Pandangan Sharifah Sakinah Dalam ‘Aku Tak Mental’, Minta Ramai Jadi Pendegar Yang Baik “Sehingga Hari Ini, Saya Masih Lagi Tak Berani Bercerita…,” – Pandangan Sharifah Sakinah Dalam ‘Aku Tak Mental’, Minta Ramai Jadi Pendegar Yang Baik

Ads

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini menyarankan kepada semua untuk bersikap terbuka menerima dan menjadi seorang pendengar yang baik bukan sahaja kepada pesakit mental malah kepada semua orang.

“Kita tidak tahu apa yang orang lain alami, kadang-kadang bila kita tengok orang bercerita dekat media sosial seperti Instagram dan sebagainya kita kena menerima dengan terbuka.

“Saya rasa kalau sesiapa sahaja yang bercerita, bukan sahaja untuk orang menghidap penyakit mental tapi untuk semua orang.

“Bila orang lain bercerita tentang masalah tolong jangan menjawab. Kita kena dengar, terima dan bagi nasihat walaupun kita dengar cerita yang pelik sekalipun. Kurangkan untuk menghukum orang lain,” katanya lagi.

Ads

“Sehingga Hari Ini, Saya Masih Lagi Tak Berani Bercerita…,” – Pandangan Sharifah Sakinah Dalam ‘Aku Tak Mental’, Minta Ramai Jadi Pendegar Yang Baik

“Sehingga Hari Ini, Saya Masih Lagi Tak Berani Bercerita…,” – Pandangan Sharifah Sakinah Dalam ‘Aku Tak Mental’, Minta Ramai Jadi Pendegar Yang Baik

Sekadar informasi, adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah ini pernah memaklumkan dia mengalami masalah kesihatan mental dan telah disahkan menghidap penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, pada tahun 2019.

Ads

“Sehingga Hari Ini, Saya Masih Lagi Tak Berani Bercerita…,” – Pandangan Sharifah Sakinah Dalam ‘Aku Tak Mental’, Minta Ramai Jadi Pendegar Yang Baik “Sehingga Hari Ini, Saya Masih Lagi Tak Berani Bercerita…,” – Pandangan Sharifah Sakinah Dalam ‘Aku Tak Mental’, Minta Ramai Jadi Pendegar Yang Baik

Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Sehingga Hari Ini, Saya Masih Lagi Tak Berani Bercerita…,” – Pandangan Sharifah Sakinah Dalam ‘Aku Tak Mental’, Minta Ramai Jadi Pendegar Yang Baik

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI