Pelakon, Ikmal Amry mengakui dia rasa gembira dan teruja apabila isterinya, Najla Shamsul, kini hamil anak pertama mereka.

Sambil menyatakan rasa syukur, Ikmal, 26, mengakui sudah lama memasang impian untuk memiliki cahaya mata sendiri, mengenangkan teman lain sudah pun berkeluarga.

“Sejak Berusia Awal 20-an, Saya Sudah Teringin Mempunyai Cahaya Mata Sendiri,” – Ikmal Amry Tak Merancang, Syukur Bakal Bergelar Bapa “Sejak Berusia Awal 20-an, Saya Sudah Teringin Mempunyai Cahaya Mata Sendiri,” – Ikmal Amry Tak Merancang, Syukur Bakal Bergelar Bapa

“Pertama sekali, Alhamdulillah kami bersyukur di atas pemberian ini walaupun kandungan masih dalam peringkat awal lagi. Semoga semua dapat terus mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri, InsyaAllah.

“Nak kata merancang itu, tidak adalah. Bagi kami, ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Cuma sejak saya berusia awal 20-an pun, saya sudah teringin mempunyai cahaya mata sendiri, lebih-lebih lagi apabila melihat kenalan rapat semua sudah bercahaya mata.

“Itu juga adalah antara pemangkin untuk saya berkahwin muda Saya kalau boleh tidak mahu melambat-lambatkan peluang mendapat anak.

Ads

“Najla pun sudah bersedia untuk fasa ini kerana dia sudah terbiasa menjaga anak-anak saudaranya. InsyaAllah kami berdua sudah bersedia,” kata, menerusi Majalah Remaja.

“Sejak Berusia Awal 20-an, Saya Sudah Teringin Mempunyai Cahaya Mata Sendiri,” – Ikmal Amry Tak Merancang, Syukur Bakal Bergelar Bapa “Sejak Berusia Awal 20-an, Saya Sudah Teringin Mempunyai Cahaya Mata Sendiri,” – Ikmal Amry Tak Merancang, Syukur Bakal Bergelar Bapa “Sejak Berusia Awal 20-an, Saya Sudah Teringin Mempunyai Cahaya Mata Sendiri,” – Ikmal Amry Tak Merancang, Syukur Bakal Bergelar Bapa

Berkongsi lanjut mengenai perkembangan kehamilan isteri, bintang siri Gantung itu mendedahkan dia turut alami ‘alahan’ pada peringkat awal seperti loya tekak dan tidak mempunyai selera makan.

Ads

Selain itu, emosinya pula yang kurang stabil.

“Saya pernah dengar cakap orang tua-tua bahawa simptom kebiasaan perempuan mengandung ini akan dialami oleh suaminya dahulu,” katanya.

Pasangan ini juga belum bersedia untuk berkongsi usia kandungan sehingga keadaan bayi dan ibu stabil, mengikut pandangan doktor.

Ads

“Kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dari zaman saya bujang hinggalah sekarang, saya hanya mengharapkan doa kalian untuk saya sekeluarga dan bayi yang bakal datang ini.

“Setiap doa dan sokongan moral daripada kalian amatlah saya hargai. Kalau ada tip dan ilmu sebagai parents muda, kongsilah kepada kami berdua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ikmal kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia terbitan A Aida Productions di samping Amelia Henderson, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

“Sejak Berusia Awal 20-an, Saya Sudah Teringin Mempunyai Cahaya Mata Sendiri,” – Ikmal Amry Tak Merancang, Syukur Bakal Bergelar Bapa “Sejak Berusia Awal 20-an, Saya Sudah Teringin Mempunyai Cahaya Mata Sendiri,” – Ikmal Amry Tak Merancang, Syukur Bakal Bergelar Bapa

Foto: Instagram Ikmal Amry

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI