“Sejak Bila Pula Bakat Artis Dinilai Ikut Followers IG?,” – Amyza Aznan

Share

Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa kecewa apabila ada pelakon senior kini dipandang sebelah mata.

Malah, ia turut terkait dengan isu bayaran dan kurang mendapat tawaran daripada mana-mana pihak produksi.

Amyza ditemui di PWTC pada Rabu berkata, industri hiburan tempatan kini lazimnya menilai bakat menerusi bilangan pengikut (followers) di Instagram.

Ia sekali gus menjadikan pelakon senior kurang mendapat perhatian.

“Ini adalah realiti di zaman teknologi yang serba canggih seperti adanya media sosial.

“Sejak bila pula bakat seseorang artis itu dinilai mengikut followers? Saya sangat sedih apabila isu ini timbul.

Kalau dahulu, pelakon-pelakon dikenali menerusi bakat mereka, sekali gus naskhah yang mereka lakonkan meletop juga,” kata Amyza kepada MH.

 

Dalam pada itu, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2019 ini juga mahu setiap bakat anak seni itu dipandang sama rata.

Kalau melibatkan drama, lebihkan kepada bakat seseorang anak seni itu, bukannya followers di IG.

“Apabila bercakap mengenai kerja pula, tolong beri tumpuan sepenuhnya dan kategorikan antara bakat dan followers.

“Artis pertengahan umur (middle age) seperti saya ini atau yang seangkatan kini kurang diterima lagi kerana faktor usia,” ujarnya.

Terdahulu, pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan agar tidak lagi membenarkan pelakon muda disolek untuk kelihatan tua bagi memegang watak veteran dalam drama atau telefilem mulai tahun depan.

Peraturan itu dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran dan sekali gus, ia memberi reaksi yang pelbagai.

Foto: Instagram Amyza Aznan

Published by
Amynur Akmal