Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida ada menyuarakan pendapat atas kemenangan penyanyi Cliff Umar menerusi rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), pada Ahad.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerusi video di IG TV menyifatkan kemenangan vokalis kumpulan Projek Pistol itu sememangnya layak bergelar juara atas dasar kelainan persembahan yang ditunjukkan berbanding dengan peserta lain.
“Sejak saya dah tak taja Gegar Vaganza saya dah tak tengok sangat dan saya dah tak layan sangat sebab macam ‘so-so’ sahaja setiap minggu sama saja.
“Tapi malam ini yang saya rasa peserta underdog dululah dan bukan peserta kegemaran saya pun tiba-tiba membuat satu benda yang luar jangkaan, bijak dan lain dari yang lain.
“Mengunakan satu pendekatan yang berbeza daripada peserta lain. Ini yang kita nak walaupun ramai yang meneka itu ini menang tapi firasat saya betul, 100 peratus yakin yang dia akan menang. Tahniah Cliff Umar,” katanya.
Vida pada masa sama menambah, seseorang penyanyi juga perlu melakukan rujukan dan punyai personaliti tersendiri demi survival dalam seni.
Ads
“Pandai dan bijak cara persembahan dia di atas pentas dan saya di rumah terhibur sangat. Saya tak kisah fasal kontroversi yang tak boleh ditegur lah apa lah, saya tak kisah.
“Jadi kepada artis yang nak masuk pertandingan kena rajin buat ‘homework’, jangan duduk di takut yang lama. Kita nak persembahan yang di luar kotak, lain daripada yang lain.
“Dengan cara tersendiri tanpa meniru pembawakan sesiapa maka anda akan mendapat tempat dalam industri.
“Anda telah memberikan yang terbaik dan anda memang layak memegang gelaran juara Gegar Vaganza ketujuh tahun 2020,” katanya panjang lebar.
Meninjau ke ruangan komen, wargamaya turut memberikan reaksi dan pendapat masing-masing.
Terdahulu, Penyanyi Cliff Umar dinobatkan sebagai juara program hiburan tahunan itu sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej penginapan berserta trofi.
Naib juara pula disandang Mus dan sekali gus melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai RM50,000, pakej penginapan berserta trofi.
Ads
Tempat ketiga dimenangi Ayu Damit sementara Noraniza Idris dan Linda Nanuwil masing-masing tempat keempat dan kelima.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM15,000 beserta trofi kemenangan.
Manakala, Oja pula ditempat keenam dan Ashira di tempat terakhir.
GV7 disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu, setiap Ahad jam 9 malam.
Pentas akhir GV7 dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan dibawakan oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Foto: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang juga isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang baru tampil memfailkan permohonan nusyuz selepas lebih empat tahun berdepan konflik rumah tangga.
Tegas Puteri Sarah, dia yakin dia berada di pihak yang benar.
“Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi?
“Buatlah apapun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar.
“Cuma saya ingin ingatkan yang mereka sekarang ini sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23.
“Isterinya (Ira Kazar) pun sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah.
“Saya bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini menyifatkan istilah nusyuz patut diberikan kepada Syamsul kerana didakwa telah mengabaikannya selama ini.
“Jadi siapa yang nusyuz? Insya-Allah segala kebenaran akan terbongkar. Tunggu dan lihat.
“Doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar,” katanya lagi.
Terdahulu Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor , hari ini.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menyampaikan berita sedih apabila memaklumkan ibunya, Puan Hajjah Norlia Abd. Majid telah meninggal dunia sekitar jam 12.30 malam tadi.
Perkongsian tersebut dinyatakan penyanyi Terlalu Istimewa itu menerusi media sosial, sebentar tadi.
“Assalamualaikum wrt wbt. Ibu kami, puan hajjah norlia bt. abd. majid telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1230 malam tadi,” tulisnya.
Kongsinya lagi, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Al-Ansar jam 9.00 pagi ini.
“Jenazah akan dibawa ke masjid al-ansar, taman keramat pada jam 9pagi ini, untuk diuruskan dan seterusnya disolatkan,” kongsi Adibah.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat serta rakan artis turut menitipkan doa dan sedekahkan al-Fatihah.
Salam takziah buat Adibah seisi keluarga dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan yang beriman.
Foto: Instagram, Facebook Adibar Noor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Aina Abdul terharu jika ada yang memberikan reaksi persaingan sengitnya ialah Marsha Milan bagi kategori berkenaan.
Aina berkata, jika ada yang memberikan pendapat sedemikian, ia satu penghargaan besar bagi dirinya.
“Ketika kak Marsha tengah membuat persembahan, saya sedang tukar persalinan untuk lagu seterusnya. Saya ‘kering tekak’, terus minum air,” seloroh Aina.
“Saya hormati Marsha. Malah masih ingat lagi, saya salah seorang peminat yang mengundinya ketika dia bertanding di Akademi Fantasia dulu.
“Jadi untuk bersama-sama denganya di pentas AJL dan kalau dikatakan persaingan sengit (vokal) bersama Marsha, saya rasa itu satu penghargaan. Alhamdulillah,” katanya.
Mengulas mengenai dua persalinan unik yang digayakan, Aina yang turut merangkul trofi Pilihan Penyanyi Popular AJL36 di samping Khai Bahar berterima kasih kepada semua terlibat bersama skuad cantiknya.
“Untuk baju bagi lagu Sepi, ia diinspirasi menerusi persalinan yang dipakai selebriti antara bangsa di majlis anugerah seperti Grammy, Oscar dan sebagainya.
“Malah trofi AJL juga warna keemasan. Jadi kita nak berikan ‘vibe’ seolah-olah kalau tak memang pun, kita sudah rasa seperti juara.
“Ia busana ilham Tsyahmi yang turut mereka pakaian saya menerusi lagu Sumpah di AJL34. Harapnya ramai yang suka dengan penampilan saya hari ini,” katanya.
Aina turut berkongsi gaun yang dilatari dengan bungaan segar menerusi lagu Nafas Cinta pula hasilan pereka terkenal, Melinda Looi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin mengakui pada awalnya dia tidak memahami isu viral membabitkan komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menyatakan kesudiannya untuk membuat persembahan dan merenjis di majlis perkahwinan penyanyi Amira Othman, baru-baru ini.