Berang dengan kenyataan yang dikeluarkan balu arwah Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali, Ali Puteh tampil memberikan penjelasan dan meminta agar semua tidak hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja.
Kenyataan ini dikeluarkan menerusi temubual berdurasi hampir 30 minit di laman Instagram Official Riax.
Jelas Ali, kenyataan yang didakwa Hidayah boleh menimbulkan fitnah sehingga dia dan keluarga dicemuh dan dituduh ingin membolot harta arwah abangnya.
“Yang membangkitkan kemarahan saya adalah, sampai saya dihina. Kalau nak pergi berikan sumbangan, silakan. Tapi, bila balu arwah bercerita perkara yang tidak sepatutnya, itu menimbulkan fitnah sehingga ada yang menganggap saya dan keluarga ingin membolot harta arwah.
“Jangan dengar daripada sebelah pihak untuk elak fitnah berlaku. Ketika video temubual itu tular, saya sendiri pun tak tahu. Jadi, bila saya periksa, kami sekeluarga mendapat cemuhan.
“Itu sebabnya saya keluarkan perkataan (kasar) sebegitu. Kalau orang luar tahu perkara sebenar yang berlaku, mesti mereka akan lebih marah daripada saya,” katanya.
Pelawak ini turut menjelaskan mereka sekeluarga telah duduk berbincang dan memutuskan dia bertanggungjawab menguruskan harta pusaka arwah untuk difaraidkan.
Malah telefon bimbit dipegang semata-mata untuk menguruskan hutang piutang peninggalan arwah.
“Sejak hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hutang.
“Untuk isu telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum ini. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ.
“Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau arwah ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan. Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing, arwah dah belikan telefon bimbit,” katanya.
Ads
Malah isu dompet yang ditimbulkan, jelas Ali dia hanya ingin meminta maklumat ahli Seniman arwah namun timbul rasa hairan apabila kad bank dan wang tunai tiada bersama.
“Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskan khairat kematian.
“Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan arwah tak ada tinggalkan apa-apa.
“Mustahil kerana saya bersama arwah selama 31 tahun dan saya tahu abang saya memang sentiasa akan ada duit bersamanya. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa.
“Dia juga pegang kad bank arwah. Saya tanya kenapa dia buat begitu sedangkan kita dah berbincang untuk saya uruskan semuanya. Kalau dia takut saya ambil duit dari akaun arwah, tak ada gunanya sebab kalau seseorang sudah meninggal, akaunnya akan disekat. Saya cuma nak kumpul semuanya untuk tujuan faraid,” katanya.
Terkilan apabila dituduh mengambil kereta arwah, jelas Ali kereta tersebut merupakan hutang arwah dan balu boleh mengambilnya andai mampu membayar bulanan di bank.
“Arwah ada dua kereta iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Myvi. Vellfire itu saya dan arwah yang susun dan beli. Bila dia meninggal dunia, itu adalah hutang. Saya dah terangkan kepada isterinya mengenai amaun bayaran bulanan dan sekiranya dia mampu, dia boleh menyambung bayar.
Ads
“Saya pun dah ada banyak kereta. Buat apa saya nak ambil kereta itu? Satu lagi kereta adalah MyVi yang disambung bayar oleh arwah daripada pakcik kami. Sebelum arwah meninggal, dia ada meminta pakcik saya untuk kirakan berapa jumlah baki hutang.
“Dia juga meminta supaya bila dah selesai bayar, dia nak tukarkan nama pemilikan MyVi itu kepada isterinya. Benda itu pun saya dah terangkan kepada isterinya. Tapi, sementara itu saya yang bertanggungjawab menyusun semuanya supaya lebih mudah urusan selepas ini,” katanya.
Ali turut menafikan dakwaan Hidayah terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab kerana dihalang menggunakan kereta.
“Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah arwah bersama ibu saya. Saya pun berada di situ untuk menjaga ibu saya. Mustahil ada isu untuk membawa anak ke klinik kerana ibu saya yang memintanya membawa anak ke klinik kerana demam.
“Jadi, pemandu arwah membawa ibu saya dan anak arwah ke klinik dengan menaiki MyVi. Dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab? Mustahil saya tak izinkan dia bawa kereta,” katanya.
Mendakwa dihalau sehelai sepinggang, tegas Ali apa signifikan sehelai sepinggang andai kesemua barangan peribadi arwah bernilai ribuan ringgit turut dibawa keluar.
Ads
“Dia sendiri yang nak keluar dari rumah. Kalau mengikut hukum, tempoh edah adalah selama empat bulan 10 hari. Tapi, pada hari keenam, dia ambil keputusan untuk keluar bersama keluarganya.
“Saya beritahu dia bahawa esok adalah hari ketujuh arwah meninggal dunia dan nak diadakan majlis tahli. Saya tak tahu, mana isi hati dan keperibadian dia sebagai balu. Dia tetap nak balik pada petang Sabtu itu juga.
“Untuk isu sehelai sepinggang pula, itu mustahil kerana biliknya tak ada barang termasuklah wang-wang tabungan serta koleksi jam tangan mahal milik arwah. Semuanya dibawa bersama,” katanya.
Menafikan mahu membolot harta pusaka peninggalan arwah, jelas Ali sebagai orang Islam dia tahu hukum agama.
“Dalam hukum agama, walaupun harta yang ada cuma RM1, itu pun faraid. Faraid yang saya tahu, ada tiga bahagian. Satu perenam adalah untuk ibu, satu perlapan adalah untuk isteri dan selebihnya untuk waris lelaki. Jadi, saya dan adik beradik lain tak ada hak pun dalam kesemua harta arwah.
“Cumanya, persetujuan yang dibuat pada hari kedua adalah untuk saya membantu menyusun proses faraid itu supaya lebih mudah dan dia sendiri pun bersetuju,” katanya.
“Keluarga saya diajar untuk tidak mengambil hak orang lain. Walaupun kami bersama-sama bekerja di dalam industri, saya tak pernah ambil duit dia.
“Saya bersumpah dengan nama Allah, kalau saya bohong, cabutlah nyawa saya. Saya lagi rela mati daripada ibu saya dihina sebegini,” katanya.
Terdahulu, kontroversi isu harta peninggalan arwah Abam timbul selepas Datuk Seri Aliff Syukri berkunjung Hidayah bagi menghulurkan bantuan dan bertanyakan soalan sensitif.
Sumber : Instagram Ria X
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mencuri perhatian ramai selepas beberapa foto dan videonya di tanah suci mulai tular di media sosial, usahawan sensasi Nursajat ada berkongsi beberapa gambar terbaru di Instagram.
Malah, usahawan yang pernah mengeluarkan single berjudul Makhluk Penggoda ini turut memuat naik kata-kata berbentuk motivasi di Platform sama.
Selain turut memuat naik video berkaitan menerusi Insta Stories, Sajat bagaimanapun menyekat akses komen di platform sama terhadap beberapa fotonya yang dikemas kini.
Foto: Instagram Nur Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pihak rumah produksi, Buffalo Orange Production memaklumkan filem pendek terbitan mereka, Coofie And Sexy Dress telah berjaya meraih dua anugerah berprestij di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse 2022 yang berlangsung baru-baru ini.
Selain menduduki tempat ketiga bagi kategori Filem Luar Terbaik, filem ini juga berjaya menobatkan pelakon senior, Mubarak Majid selaku pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.
“Kami ingin memaklumkan filem pendek kami yang berjudul Coofie And Sexy Dress telah memenangi dua anugerah di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse 2022.
“Anugerah tersebut adalah bagi kategori Pelakon Lelaki Antarabangsa Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Mubarak Majid dan tempat ketiga bagi kategori Filem Luar Terbaik.
“Tahniah kepada keseluruhan team Coofie And Sexy Dress. Terima kasih semua.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pihak Buffalo Orange Production menerusi laman Instagram.
Sementara itu, Mubarak menzahirkan rasa syukur diatas penganugerahan tersebut.
“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas di laman Instagram.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Mubarak.
Pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan tunangnya, Zahirah MacWilson akhirnya mengumumkan mereka berdua bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri, Februari tahun hadapan.
Lalu, keduanya telah pun mengadakan sidang media khas bagi berkongsi berita tersebut buat para peminat.
Bagaimanapun, bapa kepada Zahirah yang juga seorang bintang televisyen dan pelakon, Zainol Johan MacWilson pula secara peribadi masih belum mahu ‘melepaskan’ anak sulungnya itu untuk memikul status sebagai isteri kerana usianya masih muda, iaitu 24 tahun.
Namun sebagai bapa, pelakon ini turut rasa gembira dan merestui keputusan yang telah dibuat Zahirah memandangkan mereka sudah pun sepakat berbincang.
“Perasaan saya sebagai ayah sangat gembira memandangkan saya pun sudah cecah usia 61 tahun. Rasa seronoklah sebab dia sudah bertemu dengan pilihan hati meski kalau bak diikutkan, saya sebenar-benarnya tak nak Zahirah mendirikan rumah tangga buat masa ni sebab dia baru 24 tahun.
“Kalau boleh biarlah usianya cecah 25 tahun dan ke atas. Apa pun, saya hormati pilihannya. Kalau kita menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku jadi sebagai ayah, saya terima,” kata Zainol yang mengharapkan yang terbaik buat permata hatinya itu dunia akhirat.
Ditanya mengenai sejak bila dia mengetahui keduanya menjalin hubungan cinta, Zainol memberitahu semuanya terdedah ketika masing-masing terlibat dalam Curi-Curi Cinta.
“Yang saya dapat tahu mereka berlakon bersama dalam Curi-Curi Cinta tapi sebelum itu saya pernah jumpa Aiman dua tahun lepas ketika Zahirah berlakon dengannya untuk sebuah drama tapi saya tak begitu fokus sangat pada Aiman ketika itu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Alhamdulillah tiba-tiba dia terpaut hati dengan Aiman. Saya pula cakap pada Zahirah, kenapalah kakak nak keluar dengan artis? Tetapi tak apa lah, dia kata ini pilihannya,” kongsinya kepada MH.
Menyifatkan lelaki pilihan anak seorang yang menghormati orang tua, Zainol turut memberitahu Aiman juga seorang anak lelaki yang pandai mengambil hati.
“Dia sangat menghormati orang, dari segi cara dia bercakap. Aiman sendiri masih ada ibu bapa, jadi bagi bukannya rupa paras dicari, tetapi tahu untuk ambil hati.
“Kita sebagai ayah boleh tahu seseorang itu ikhlas atau sebaliknya dengan anak kita, jadi apa yang saya nampak secara mata kasar dari segi perwatakan, cara dia bercakap dengan kita setakat ini alhamdulillah,” jelas Zainol optimis.
Terdahulu pada sidang media yang dilangsungkan di Bakersfellas Ara Damansara itu, turut hadir ialah bapa kepada Aiman.
Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan Jun lalu di Perth Australia, menerusi perkongsian foto pasca tunang di media sosial masing-masing.
Ikuti sidang media penuh mengenai pengumuman perkahwinan yang dilakukan lovebirds ini menerusi live FB MH.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...