“Sejak Kecil, Sikap Syukri Dia Je Yang Betul,” – Bila Si Ibu Buka Rahsia Perangai Aliff Syukri

Share

Menyedari sikap anaknya, usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri yang kerap dihujani kontroversi, jelas Rozita Ibrahim, dia enggan menambah masalah dengan perihal Aliff.

Sebaliknya, pengasas Rumah Hutan ini menjelaskan dia lebih gemar mendekatkan diri dengan perkara bermanfaat.

Acapkali dipersoal netizen akan caranya mendidik anak-anak, kata Rozita, walau setegas mana pun didikan, namun apabila mereka sudah menginjak dewasa, semuanya akan berubah.

Sy x banyak tahu tentang dunia di luar sana.. viral ke apa ke.. Sy hanya lihat ceramah ugama ..Kecuali kalau org screenshot dn hantar pada sy..

“VIDEO PENUH LAGI KRI LIDAH PENDEK NI, blh tgk di youtube Bumi Ratu Channel

“Bila sy ada kelapangan baru sy tengok ig syukri.. tentang isu dia yg buruk2 dn sebagainya.. sy malas dn xlarat menambah sakit mata dosa maka sy didik mata sy tengok benda menafaat je

“Jadi Netizen xpayah tanya sy xdidik ke apa ke .” Dgn tegas dn disiplin sy ni anak2 pun xtahan dn besar suka2 dia nk buat apa , sebagai Mak apa kita boleh buat ..Nak pukul , nak maki ..?? Ha ha ha xkan boleh dah ..!!

“Bagi sy, dia dah besar dn tahu mana hala tujunya dn sy tahu dia x buat perkara yg salah dn sy tahu anak sy ni mcm mana ..Nakal , kurang sentivity , baik budi, penyanyang rajin dn bijak niaga

“Sejak kecil, sikap syukri dia je yg betul.. kalau bergaduh dgn kakaknya, dia mmg nak menang,” kongsinya di laman Instagram.

Dalam pada itu, wanita ini turut berkongsi rakaman lucu menunjukkan pengasas D’ Herbs menyebut beberapa jenama mewah

Jadi bila kakaknya mengajar, dia akan melawan.. dn dia x blh menyebut beberapa perkataan antaranya biawak.. akan di sebut biawe.. buaya pun akan disebut biawe juga..

“Sebutan bahasa english memang banyak yg dia x blh sebut.. ajarlah mcm mana pun..

“Dia seorg yg suka bersosial, memenuhi aktiviti di sekolah.. dn selalu berpidato sorang2 kat rumah “ perasan “ dia tu lh bahan jenaka kami dn tempat kami bergembira serta bergaduh.. rencah2 kehidupan..

“Semoga yg baik2 sahaja akan di akhiri dlm usia kami,” tulisnya lagi.

Foto : Instagram Rozita Ibrahim

Published by
Noraini Abd Wahab