Penyanyi yang kini popular dengan single Misteri, Ernie Zakri ada berkongsi pengalamannya pernah menjalani pembedahan membuang ketulan di payudara pada usia 23 tahun.

Mujur ia hanya ketulan kecil dan bukanlah sel kanser. Ernie mendedahkan hal tersebut menerusi majalah Mingguan Wanita, keluaran Oktober lalu.

Tambahnya, dia mengetahui masalah  tersebut agak lambat meski kepentingan bagi golongan wanita terutamanya agar memeriksa sendiri payudara telah pun dipupuk sejak di bangku persekolahan lagi.

Baca : https://www.mingguanwanita.my/datuk-shafinaz-ernie-zakri-ikon-seni-dua-generasi/

Bagaimanapun, penyanyi Aku Cinta ini juga memberitahu meski pun ia hanyalah ketulan, tetapi memberi efek kepada emosi.

Ads

Bagi Ernie, tiada salah untuk sentiasa buat pemeriksaan kerana tidak semua daripada kita bernasib baik.

“Buat wanita di luar sana yang tengah bertarung melawan kanser atau baru sahaja mengetahui dirinya mengalami kanser seharusnya mendoakan agar mereka kuat.

Ads

“Saya tahu situasi ini bukanlah mudah bagi kita. Jadi orang sekeliling perlulah memberi sokongan agar pesakit kanser menjadi lebih positif.

“Sejak saya membuang ketulan pada payudara, saya amalkan gaya hidup lebih positif. Saya titik beratkan pengambilan makanan yang sihat,” terang Ernie seperti yang dipetik.

Ads

Ikuti tembual penuh bersamanya menerusi Mingguan Wanita.

Sumber/Foto: Mingguan Wanita/Instagram Ernie Zakri

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI