“Sejak Pertama Kali Diberikan Skrip, Saya Tahu Diri Ini Akan Dibenci,” – Nadhir Nasar

Share

Pelakon Nadhir Nasar mendedahkan dia ada menerima mesej peribadi daripada penonton yang geram terhadap watak Erfhan yang dibawaknya di dalam drama rantaian, Nusyuz Berkiblat Cinta yang kini rancak bersiaran.

Nadhir,26, atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar menambah, dia menantikan reaksi bagi episod seterusnya daripada pencinta drama tempatan.

“Tak dinafikan, memang ramai sakit hati dengan watak Erfhan ini. Saya terima banyak ‘direct massage’ daripada penonton yang mengatakan mereka tak puas hati dan marah selepas menonton watak saya di episod pertama.

“Yang menjadi kerisauan di hati saya ialah reaksi mereka pada episod-episod seterusnya kerana akan ada babak yang lebih ekstrem selepas ini.

“Pucuk pangkalnya, tanggungjawab saya hanyalah ingin menyampaikan mesej melalui watak yang saya lakonkan. Ini perkara yang saya suka bila menjadi seorang pelakon,” katanya.

Juara Hero Remaja 2020 ini menambah, dia terbuka dah menerima setiap komen dari peminat susulan penglibatannya di dalam drama berkenaan.

“Sejak pertama kali saya diberikan skrip, saya tahu diri saya akan dibenci. Tapi saya tetap jalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon walaupun menjadi orang yang akan dibenci.

“Jadi, saya dah bersedia. Memang niat saya untuk buatkan penonton tak senang duduk dan sakit hati,”katanya lagi.

Terdahulu, drama Nusyuz Berkiblat Cinta bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9 hingga 11 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf