HomeBerita“Sejak Sekolah, Mereka Tak Benarkan Buat Aktiviti Lasak,” – Rahsiakan Penyertaan Daripada...
“Sejak Sekolah, Mereka Tak Benarkan Buat Aktiviti Lasak,” – Rahsiakan Penyertaan Daripada Ibu Bapa, Real Men Malaysia Buat Hawa Rizwana Lebih Kenal Diri
Pelakon dan pengacara, Hawa Rizwana akui teruja apabila namanya dipilih sebagai salah seorang peserta Real Men Malaysia: Wira Merah dan bakal bersaing dengan tujuh peserta lain.
Menurut Hawa, meskipun cabaran dan latihan yang harus ditempuhinya itu agak berat namun, dia langsung tidak menyesal dengan keputusannya itu.
“Saya pernah menonton progam Realman Korea. Jadi, bila pengurus bagitahu yang Astro bakal menerbitkan program yang sama dan mahukan saya sebagai salah seorang peserta, saya terus bersetuju.
“Hari-hari saya berdoa agar diterima untuk menyertai program ini. Itulah perasaan saya yang sebenar. Bila diterima, saya langsung tak menyesal,” katanya kepada MH.
Pengacara program Meletop itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Real Men Malaysia: Wira Merah yang berlangsung di Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Hawa turut mendedahkan dia terpaksa merahsiakan penglibatannya di dalam program itu memandangkan kedua ibu bapanya kurang gemar dia melakukan aktiviti lasak.
“Pada peringkat awal saya memang tidak kongsikan perkara ini kepada kedua ibu bapa saya. Saya risau mereka tak benarkan saya pergi.
“Namun, beberapa hari sebelum berangkat, saya bagitahu mereka dan terangkan mengenai program ini
“Alhamdulillah, saya agak terkejut bila mereka bersifat terbuka dan menyokong keputusan saya itu.
Ads
“Sejujurnya sejak daripada sekolah rendah lagi, ibu dan ayah tak izinkan saya sertai acara sukan atau aktiviti lasak. Jadi, ketika ini, saya dapat buat perkara yang saya tak dapat buat sejak dulu,” ujarnya lagi.
Jelas Hawa lagi, segala aktiviti serta cabaran yang terdapat di dalam program ini telah membuatkan mental dan fizikalnya bertambah kuat.
“Sepanjang 22 hari penggambaran, saya banyak mengenali diri sendiri. Kebanyakkan latihan di sana memang susah. Di situ, saya mula tahu kekuatan dan kelemahan saya yang sebenar.
Ads
“Apa yang saya sedar, saya rupanya seorang yang sukakan persaingan dan kalau tak dapat nak buat sesuatu perkara itu, saya akan sangat kecewa.
“Walaupun, cabarannya sukar, saya tetap teruja untuk menamatkannya,” kongsinya lagi.
Selain Hawa, Real Men Malaysia: Wira Merah turut menampil tujuh lagi peserta daripada kalangan selebriti iaitu Mat Redho, Arieff Yong, Shashic, Eric Lay, Daniel Cheang, Wafiy dan Jasmin Suraya.
Program ini bakal bersiaran pada setiap hari Ahad bermula 30 Julai ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia turut boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa simpati akan nasib pasangan warga tua bersama seorang anak kurang upaya yang tinggal di sebuah pondok kecil di tepi jalan.
Jelasnya pasangan ini hanya menjual pucuk ubi dan pendapatan sebagai pengawal keselamatan untuk menyara kehidupan.
Malah lebih menyedihkan, pondok mereka tidak mempunyai bekalan elektrik dan tandas juga terpaksa menggunakan sumber air longkang.
“Tuhan sahaja yang tahu betapa kesiannya saya dengan pasangan suami isteri yang mempunyai anak OKU ini yang berumur 75tahun.
“Pasangan ini terpaksa membanting tulang hanya sekadar menjual pucuk-pucuk ubi dan terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dengan bergaji RM 1000.
“Tiada rumah duduk di tanah tepi jalan dgn pondok sebesar kemah..nenek ni berasal dari sabah.
“Rumah beliau juga tidak ada bekalan elektrik yang betul dan juga bekalan air yang betul. Toilet pun hanya menggunakan air longkang sahaja dan kehidupan yang teramat susah.
“Disebabkan hari ini saya memberikan sumbangan hasil bisnes sy yg anda sokong selama ini.. berupa wang tunai dan juga produk @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq.
“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. InshaALLAH misi saya untuk bukan Ramadhan ini saya ingin membantu lebih 2000 orang yang kurang berkemampuan. AMIN YA RAB,” kongsinya di IGTV.
Penyanyi nasyid, Fitri Haris berkongsi berita gembira apabila secara rasmi dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D di University Of Nottingham di United Kingdom.
Dia menerima penghargaan itu pada 10 Disember lalu.
“Alhamdulillah syukur ya Allah! Selesai majlis graduasi saya di University of Nottingham, UK.
“Secara rasminya di anugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D pada 10 hb Disember 2019. Setelah 4 tahun suka duka jatuh bangun.
“Terima kasih Allah .. Alhamdulillah.. gambar2 dan caption lain menyusul, will share more pic n vid sampai jemu..sorry awal2 ya.. #drfitriharis #uum #scimpa,” tulisnya.
Bukan calang-calang hadiah! Pelakon, Zul Ariffin telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah buat sahabat baiknya yang juga penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Gayatri, penerbit berusia 46 tahun itu memuat naik sepotong video menunjukkan keterujaannya menerima hadiah kereta mewah berwarna hitam tersebut.
“Saya kehilangan kata-kata, tak pernah terbayang yang saya akan dapat hadiah hebat seperti ini.
“Terima kasih Zul Ariffin, dari lubuk hati saya,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Gayatri dikenali sebagai antara individu yang banyak membantu menaikkan kerjaya lakonan Zul, 36, sehingga dia berjaya diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun lalu menerusi lakonan cemerlang dalam filem Sangkar.
Meninjau di ruangan komen, beberapa rakan selebriti seperti Liyana Jasmay, Nabila Huda dan Zalif Sidek turut tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Gayatri.
Zul turut meninggalkan komen di posting tersebut, “Yay” bagi meraikan keterujaan rakan baiknya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suria FM mempersembahkan drama raya 2025 bertajuk Hayati, sebuah karya pertama stesen radio ini yang meneroka genre psikologi emosional.
Drama berdurasi 40 minit itu mengetengahkan...