Pelakon dan pelawak, Saiful Apek mengakui dia kini lebih peka terhadap soal penjagaan diri, lebih-lebih lagi ketika meniti usia separuh abad.
Menurut Apek, berat badannya juga sudah bertambah dan mengharapkan perubahan tersebut sebagai satu hal yang baik.
“Bukanlah nak kata dulu tak jaga, cuma pada usia sekarang saya cuba untuk kawal pemakanan yang diambil.
“Mungkin itu salah satu faktor kalau ada yang kata saya nampak makin berisi. Sebab kalau nak diikutkan, kami adik-beradik pun memang ‘slim-slim je’, ikut belah mak.
“Sebelum ini, lazimnya berat badan saya sekitar 50 kilogram sahaja. Tak turun tak naik. Sekarang dalam 65 kilogram macam tu.
“Harap jugalah, berat badan yang begini singal yang baik. Macam saya yang sudah masuk 52 tahun ini, alhamdulillah tak ada penyakit-penyakit kronik yang dialami setakat ini,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada perubahan fizikilnya itu sebagai tanda dirinya yang kian bahagia, Apek menjelaskan dia sendiri tiada jawapan mengenai perkara tersebut.
“Entahlah saya rasa daripada dulu saya bahagia saja. Macam mana saya nak cakap ya… Saya pun tak tahu apa faktor sebenar.
“Cuma sejak tahun 2014 saya mula berhenti merokok. Dulu tabiat merokok itu memanglah berat.
“Dulu sehari kadang-kadang boleh sampai dua kotak. Sudah tujuh tahun berhenti,” kata anggota kumpulan Senario ini lagi.