“Sejak Umur 19…,” – 18 Tahun Kenal, Sweet Ucapan Fasha Sandha Buat Siti Sairah Yang Genap 38 Tahun Usianya

Share

Pelakon versatil, Fasha Sandha baru-baru ini ada menitipkan ucapan hari jadi bersempena dengan ulang tahun kelahiran rakan baiknya, penyanyi Siti Sairah Tarudin yang ke-38.

Sambil memuat naik foto bersama sebagai kenangan di Instagram, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut mengakui jalinan bersahabatannya dengan adik kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza terjalin sejak usia belasan tahun lagi.

“Happy birthday buat salah seorang daripada kesayangan yang amat disayangi Era @sitinursairahtarudin.

“Lamanya persahabatan ni, sejak umur 19, now dah 18 tahun dah. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia dunia akhirat.

“Jom Kesayanganku kita wish Era happy birthday dan doakan dia,” tulis Fasha pada ruangan komen.

Meninjau ke akaun Instagram Sairah pula, bintang berkenaan turut memuat kembali kapsyen yang dibuat Fasha sambil berkongsi beberapa foto lama mereka berdua.

“Sahabat dan pengalaman mengajar kami erti kehidupan,” tulis Sairah.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Published by
MH