Berkongsi gambar kasutnya, Imam Muda Asyraf dilihat menyarung dua kasut yang berbeza.
Ulasnya, dia tidak menyedari memakai kasut yang berlainan sehinggalah tamat program rakaman sebuah rancangan.
“Boleh pulak tersilap sarung kasut. Sebelah lain sebelah lain. Hampir sejam lebih rakaman depan audien. Dah habis baru perasan.”
Terhibur dengan kejadian lucu itu, netizen menganggap apa yang berlaku adalah kerana faktor umur.
Malah ada yang mengatakan ianya adalah fesyen yang sedang popular masa kini.
Foto – Instagram Imam Muda Asyraf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lengkap Sepasang! “Walau Kepala Terkehel Tadi Sebab Bini Aku Tarik…,” – Tak Sampai 1 Jam Dalam Labour Room, Isteri Tajul Selamat Bersalin Bayi Lelaki
Penyanyi, Tajul ada berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya, Nurul Shamieza Eddie telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka oada petang Khamis di sebuah pusat perubatan swata di Kajang, Selangor.
Jelas Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md. Shari, bayi lelaki seberat 3 Kilogram itu berjaya dilahirkan secara normal dan hanya memakan masa kurang dari 1 jam.
Katanya lagi, dia juga berasa sangat bersyukur kerana kini telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.
“Alhamdulillah, berkat doa korang smua. Tak smpai 1 jam bertarung nyawa dalam labour room wife Tajul dah selamat bersalin dgn normal.
“Berat anak 3kg, baby boy sepasang dah dapat. Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab bini aku tarik time contraction dia tengah kuat.
“Nasib baik masih selamat, tengok gambar tepi. Nama baby nanti tajul akan umumkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tajul turut memberi tahu, sewaktu isterinya itu sedang meneran, lehernya dikatakan hampir tekehel kerana ditarik dengan begitu kuat.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyanyi lagu, Sedalam-Dalam Rindu itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Tajul turut menitipkan ucapakan terima kasihnya kepada pihak hospital terutamanya kepada doktor dan jururawat yang telah bertungkus lumus merawat isteri ketika proses melahirkan.
“Terima kasih banyak @kpmckajangplaza bagi service paling terbaikkkkkk kat kami dan bilik VIP yg sangat selesa , dan doctor / nurse / staff banyak membantu Tajul.
“Memang recommend kat korg untuk deliver anak di @kpmckajangplaza Dan tk lupa juga kepada Datuk hj Saroni hj judi, ketua pegawai eksekutif, KPMC Kajang. Trima kasih atas bantuan beliau terhadap kami. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Tajul dan juga isteri.
Terdahulu, Tajul dan Shamieza telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 10 Disember 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini terlebih dahulu telah dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Adriana Carisa.
Sumber: Instagram Tajul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nenek Sharifah Sakinah Meninggal Dunia, ‘Tutup’ IG Seketika Untuk Berkabung
Nenek kepada pelakon, Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah meninggal dunia dalam tidur pada tadi Di Alor Setar, Kedah.
Khabar sedih itu dikongsi ketiga-tiga adik-beradik menerusi laman Instagram masing-masing.
Susulan itu, Sakinah juga turut mengumumkan bakal ‘tutup’ laman Instagramnya untuk sementara waktu untuk berkabung pemergian neneknya itu.
“Al Fatihah to Sharifah Zainab bte Syed Ali Al Hadad my beloved kind granma who passed away in her sleep last night. You will be missed Tok.
“My ig profile will be closed forawhile in the duration of mourning period,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
“Sharifah Zainab binti Syed Ali 87 my Grand Ma…senyum tidak pernah merungut. Love her attitude…always.
“Hidup saya asyik memuji kebaikannya..soft spoken. Hatinya masya allah… Alfatihah ..siapa yang mengenalinya. Beliau telah meninggalkan kita dlm tidrnya pagi tadi di kediamannya alor setar,” tulis Shahirah pula.
View this post on InstagramA post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Manakala, bagi Haslinda pula, dia mendoakan agar Allahyarham neneknya ditempatkan di kalangan orang beriman.
“Al Fatihah. Sharifah Zainab Syed Ali Al Hadad ~ My nenek ~ 87 tahun baru meninggal pagi tadi dalam tidur. Amalan beliau yg tak pernah putus, Surah Al Khafi.
“Semoga Rohnya diangkat bersama Roh2 orang beriman… Amin. Jumaat Barokah 9/11/18’ #toknab,” tulisnya.
Salam takziah MH ucapkan buat keluarga mereka.
Foto/Instagram: Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Clara, Artis Kpop Pertama Kahwin 2019, Kongsi Foto Busana Pengantin Yang Akan Dipakai Ahad ini, Lawanya!
Pelakon, Clara berkongsi beberapa foto dia berpakaian pengantin seiring dengan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 6 Januari ini.
Dia berbuat demikian melalui majalah pengantin Korea Selatan, toBRIDE yang menunjukkan aktress tersebut kelihatan cantik berbaju pengantin tersebut.
Sebelum ini, dia mengumumkan bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang merupakan seorang ahli perniagaan setelah bercinta selama setahun.
Apa-apapun, jom kita lihat gaun pengantin yang dipakai Clara. Meganya!
Foto: Allkpop
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI