Selepas 14 tahun berkecimpung di dalam dunia seni, aktor terkenal, Zul Ariffin akui penglibatannya di dalam program realiti bachelor pertama di Malaysia, Pencuri Hati sememangnya mempunyai cabaran tersendiri.
Menurut Zul, berkenalan dengan 13 wanita yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini sedikit sebanyak mendatangkan rasa gemuruh.
“Pada mulanya, saya agak canggung kerana ini merupakan program realiti pertama saya. Berkenalan pula dengan 13 orang wanita, ia bukan perkara yang biasa saya lakukan.
“Kebiasaannya, bila kita bersembang dengan orang, tiada pun rakam-merakam ni tetapi kali ini, kamera memang ada di sekeliling kita. Ia merupakan pengalaman baru buat saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Zul turut berharap agar orang luar tidak terlalu cepat memberikan persepsi negatif terhadap program ini kerana konsepnya sangat berbeza dengan negara-negara luar.
“Pada saya, ini hanyalah sekadar sebuah program televisyen. Tiada yang personal. Ia merupakan perkara yang telah saya persetujui dan akan berikan komitmen.
“Pada awalnya, memang saya ada nampak potensi program ini akan menjadi ‘panas’. Namun, Pencuri Hati ini bukan hanya sekadar dating memanjang. Tidak…Ia lebih daripada itu sebenarnya. Bukanlah kami dating dan luangkan masa bersama semata-mata.
Ads
“Lagipun, bukan hanya saya dan 13 gadis ini yang merakam sendiri aktiviti kami. Seluruh team produksi juga ada di belakang kami,” kongsinya lagi.
Pelakon filem J-Revolusi itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media progam Pencuri Hati yang diadakan di Glasshouse, Seputeh pada Selasa.
Jelas Zul lagi, program ini turut akan menampilkan sisi lain dirinya yang jarang dipertontonkan kepada umum sebelum ini.
“Saya dilatih untuk mengabaikan kamera di ketika berlakon. Jadi, untuk saya menjadi diri sendiri agak sukar. Kalau ditemu ramah untuk program live pun saya tak biasa. Kalau saya cakap saya segan, orang tak percaya.
Ads
“Dalam program ini pun saya ada cakap, kalau mereka mengharapkan saya menjadi lelaki romantik seperti yang mereka lihat di TV, itu bukan saya. Saya gagal. Program ini dah buktikan.
“Romantik ketika berlakon itu lain. Kalau kita tak tahu sesuatu watak, kita akan buat dengan baik. Sebab itu bukan diri kita,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Zul memberitahu, dirinya juga senang apabila berpeluang untuk berkenalan dengan 13 wanita yang memiliki personaliti yang berbeza.
“Kesemua 13 wanita ini, kebanyakan mereka masih lagi muda. Apa yang membuatkan saya kagum dan teruja, mereka semua bercita-cita tinggi.
Ads
“Saya percaya ramai wanita masa kini yang sebegitu. Mereka tahu apa yang mereka mahukan. Ia sangat seronok untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam.
“Saya juga ada usik mengusik sikit mereka. Seronok bila dapat tengok macam-macam personaliti. Sejujurnya, mereka semua wanita yang baik,” akhirinya.
Pencuri Hati menonjolkan 13 wanita berpesonaliti menarik yang bakal mempertaruhkan hati untuk memenangi peluang mengenali selebriti tampan Zul Ariffin selama 24 jam (during daylight).
Kesemua sepuluh episod program realiti ini akan ditayangkan eksklusif di sooka bermula 9 Disember 2022 sehingga 10 Februari 2023.
Penonton boleh menonton dengan melanggan pelan sooka VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan atau pelan sooka VIP TV pada harga RM62.90 sebulan untuk pengalaman menonton di skrin TV.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey Bieber tidak pernah lari dari menjadi pusat perhatian dek kerana kecantikan yang dimiliki oleh model tinggi lampai yang juga personaliti media sosial terkemuka berasal dari Amerika Syarikat ini.
Malah, rutin kecantikkan Hailey bermula dari perawatan kulit wajah, penampilan, solekan hinggalah kepada hiasan kuku semuanya sering menjadi sorotan para peminatnya di seluruh dunia.
Pada majlis pelancaran Rhode Skin Glazing Milk The Essential Prep Layer, baru-baru ini Hailey Bieber kembali mencuri perhatian dan tumpuan orang ramai.
Apabila dia mendedahkan tip kecantikan dan rahsia bagaimana dia memiliki kulit glowing dan memukau, tidak hanya pada bahagian wajah, malah keseluruhan tubuh badanya.
Tips kecantikan berkenaan dikongsikan Hailey menerusi satu muatnaik video di laman Instagram miliknya, di mana dia mendedahkan ‘Rahsia’ kecantikannya, ketika berada di New York City.
“Saya akan menunjukkan kepada Anda hacks yang saya suka lakukan dengan Glazing Milk di tubuh saya.”
“Saya akan mengambil Glazing Milk di tangan, dan kemudian saya akan mengambil liquid highlighter, jenama Chanel, kuantiti higlighter mengikut citarasa anda dan campurkan ke dalam Glazing Milk”
Hailey berkata demikian sambil mengoleskan campuran itu ke seluruh lengan dan bahu dalam video berkenaan.
Hailey hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu Rhode Skin Glazing Milk The Essential Prep Layer dan Chanel Les Beige Sheer Healthy Glow Highlighting Fluid untuk membuat campuran berkenaan yang menjadi rahsia kepada kulit ‘glowing’ miliknya.
Setelah campuran dioleskan pada kulit anda, kedua produk ini bakal memberikan kesan kulit yang glowing serta tampak lebih sihat sekaligus menganjalkan kulit dari ujung kepala hingga kaki.
Menarik bukan? Selamat mencuba! Lepas ni tak perlu lagi pakai filter ‘glass skin’ sebab dengan tips dari Hailey ini, kulit anda pasti glowing dan bercahaya!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji daripada majikan kesan daripada pandemik Covid-19.
Atas rasa tanggungjawab, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Maghfirah sekali lagi tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Noruddin, usaha itu adalah menerusi kempen Raikan Ramadan yang dianjurkan yayasan yang menyaksikan sasaran pada tahun ini adalah sebanyak RM5 juta.
“Alhamdulillah dengan sumbangan orang ramai, pada Ramadan yang lepas, Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan Ramadan sebanyak RM1.2 juta kepada golongan asnaf.
“Mereka terdiri dari penduduk di 15 buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar lembah Klang, pusat perlindungan dan kebajikan, para petugas barisan hadapan, rumah anak-anak yatim, pusat-pusat tahfiz dan lain-lain dengan anggaran lebih 35,000 orang penerima manfaat.
“Hari ini, Yayasan Maghfirah sekali lagi melancarkan Kempen Raikan Ramadan dengan mensasarkan pengumpulan dana sebanyak RM 5 juta.
“Kempen ini membuka ruang dan peluang kebaikan merebut keberkatan Ramadan kepada masyarakat Malaysia untuk berkongsi rezeki bersama keluarga asnaf dan golongan yang memerlukan di luar sana,” katanya.
Selain itu, katanya, yayasan juga merancang untuk mengagihkan bantuan Ramadan tahun ini ke negara timur tengah seperti Mesir dan Lubnan.
“Daripada jumlah RM 5 juta yang disasarkan itu, sebanyak RM1.5 juta akan digunakan bagi membantu lebih 40,000 orang penerima manfaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
“Dana selebihnya akan diagihkan kepada yang layak pada bulan-bulan berikutnya sepanjang tahun 2022.
“Kami mengambil inisiatif memperkenalkan lima pakej yang ditawarkan bagi menjayakan Kempen Raikan Ramadan ini,” ujarnya.
Yayasan berkenaan turut bekerjasama dengan beberapa selebriti seperti Johan As’ari, Fedtri Yahya, Hafiz Hamidun dan Azmi Saat yang dilantik sebagai duta.
Lima inisiatif pakej tersebut adalah Kongsi Rezeki, Infaq Quran, Ramadan Timur Tengah, 30 Hari 30 Sedekah dan Cabaran 1000 Bulan.
Selain itu, sempena Ramadan kali ini, buat julung kalinya, Yayasan Maghfirah akan melaksanakan Majlis Amal Maghfirah yang bertujuan meraikan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pelajar-pelajar kelas Sahabat Al-Quran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!