Pengacara dan pelakon, Nabil Ahmad mengakui rasa sedikit berbeza apabila ketiadaan bekas rakan hos, Neelofa di rancangan hiburan, MeleTOP.
Terdahulu, keduanya mengendalikan program hiburan terbabit secara bersama selepas lapan musim.
“Sejujurnya rasa lain bila tak ada Lofa di set MeleTOP sebab kita dah biasa dengan dia.
“Jadi perasaan tu sangat berbeza sebab dah tak sama macam dulu tapi saya tetap kena teruskan supaya rancangan itu terus hidup.
Ads
“Jadi apa sekali yang saya rasa pun perasaan ni saya kena simpan dan tak perlu nak tunjuk pada orang sangat tapi saya rasalah perbezaan dia tak sama macam dulu.
“Sebab kebiasaanya bila orang lain ganti kita tahu yang Lofa cuti, sekadar ganti dia tengah cuti tapi sekarang ni rasa sangat berbeza sebab dia dah tak ada kat set MeleTOP,” luah Nabil kepada MH.
Ads
Selain itu, bapa kepada tiga cahaya maga ini turut memaklumkan dirinya masih belum menerima sebarang informasi daripada produksi rancangan mengenai penganti Neelofa dalam rancangan berkenaan.
“Sehingga hari ini, pihak produksi rancangan tiada memaklumkan kepada saya mengenai penganti Neelofa dan apa-apa pun saya tetap kena bersedia dengan siapa sahaja saya bakal digandingkan.
Ads
“Saya tiada masalah sangat dengan siapa saya digandingkan dan saya okey sahaja,” kongsi Nabil.
Sekadar informasi, Nabil ditemui MH di majlis pelancaran aplikasi Go Eat yang berlangsung Damansara Perfoming Art Centre (DPAC), pada Sabtu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Wany Hasrita akui teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri buat pertama kalinya di kampung suami di Sarawak pada tahun ini.
Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, dia tidak sabar untuk melihat sendiri budaya masyarakat borneo menyambut hari raya yang dikhabarkan sangat meriah.
“Tahun ini saya akan beraya di rumah suami di Kuching, Sarawak. Saya agak teruja juga untuk beraya di sana sebab seperti kita tahu, orang-orang Sarawak memang meriah kalau menyambut hari raya.
“Mereka akan all out. Katanya selama seminggu mereka akan mengenakan baju raya. Saya pun tak sabar nak melihat sendiri budaya di sana.
“Saya ada bertanya kepada suami, perlu ke saya sediakan baju raya baharu selama seminggu? Dia kata tak perlu la membazir.
“Tujuh helai tu macam melampau sangat. Dua cukuplah yang selebihnya pakai balik yang lama,” katanya kepada MH.
Wany berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pengenalan lagu single duet terbaru bersama Wani Syaz berjudul, Sakitnya Penantian pada Rabu.
Bagaimanapun, pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini agak sedih memandangkan dia tidak pernah berjauhan dengan ibunya ketika hari raya.
“Cuma saya agak risau sebab ini pertama kali saya beraya berjauhan dengan ibu. Walaupun ibu tidak beraya seorang tapi agak janggal juga bila anaknya tiada bersama di hari raya. Dia akan beraya bersama adik beradiknya di Perak.
“Bagaimanapun, ibu saya sangat memahami dan dia sebenarnya memang sudah bersedia untuk berhadapan dengan detik-detik seperti ini. Dia tahu, satu hari nanti, anaknya ini akan beraya di kampung suami.
“Masa sebelum kahwin dahulu, saya ingat perkara ini biasa sahaja dan macam ibu yang berlebihan. Bila dah kahwin ni, baru saya faham apa yang ibu maksudkan. Macam ini rasanya bila kena tinggalkan ibu ketika hari raya,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Wany dilaporkan bakal sekali lagi mengacarakan program terbitan RTM, Borak Dahulu Baru Berbuka buat tahun yang kedua.
Ketika ditanya mengenai penerimaan suami berhubung program berkenaan memandangkan dia terpaksa berbuka di studio hampir 20 hari, Wany bersyukur kerana suaminya itu amat memahami.
“Ada tak tertanya-tanya juga tapi saya sifatkan ini rezeki. Setelah kami berbincang, Alhamdulillah suami sangat menyokong. Program tersebut pun bukan borak-borak biasa. Ia program ilmiah.
“Lagipun, kalau suami ada jadual penerbangan, saya tetap tak dapat berbuka dengan dia. Nasib baik program itu hanya sampai 18 April sahaja. Selebihnya kami buat rakaman.
“InsyaAllah ada baki dua atau tiga hari saya boleh berbuka dengan suami,” akhirinya.
Terdahulu, Wany dan suaminya, Mohd. Al-Adib Fahmi Harun telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Julai 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Sherry Alhadad akui dirinya agak pemalu untuk memulakan perkenalan dengan mana-mana lelaki baharu di dalam hidupnya.
Menurut Sherry atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, perasaan rendah dirinya juga selalu menghantui dirinya untuk memulakan sesebuah perhubungan.
“Mungkin saya tak cukup cantik. Kebiasaannya, kita sudah tahu kritiria wanita cantik itu bagaimana. Bentuk badan yang ideal pula bagaimana. Saya selalu rasa yang saya tak tergolong dalam kelompok itu.
“Jadi, bila saya tahu yang saya ini tidak konvensional cantik, faktor lain yang boleh saya ketengahkan agar orang menyukai saya adalah dengan melalui personaliti.
“Sebab itu saya lebih suka berkomedi agar saya lebih senang untuk didekati dan mendekati. Bila berkenalan dengan mana-mana lelaki, saya akan rasa rendah diri dan tak cukup dari segala aspek,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Sherry tidak menafikan dirinya agak sunyi apabila belum berkesempatan untuk dipertemukan dengan teman hidup.
“Ada kalanya, memang rasa sepi juga. Kadang-kadang bila kita penat dan nak meluahkan kepada seseorang tapi orang itu tiada.
“Kita pun dah berusia dan sudah tentu kita nak mencari teman hidup tapi belum jumpa lagi,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, kesibukkan kerja juga turut menjadi antara kekangan untuk memulakan sesebuah perhubungan.
“Memang ada keluarga dan kawan-kawan yang cuba kenalkan saya dengan lelaki. Yang direct message saya di Instagram pun ada.
“Ada yang cuba dekat tapi saya pula sibuk dengan kerja. Itu pun masalah juga,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Sherry turut mendedahkan dirinya tidak gentar untuk menjalani kehidupan berkeluarga meskipun banyak hal-hal melibatkan penceraian berlaku sejak kebelakangan ini.
“Sebagai seorang yang single, kadang-kala saya jadi tempat untuk mengadu nasib tentang keluarga atau pasangan. Malah, mereka juga ada bertanya, selepas mendengar masalah mereka, saya masih ada niat nak kahwin ke?
“Namun, saya selalu positif. Pada saya, setiap orang itu punyai pengalaman yang tersendiri. Saya tetap mahu berkahwin. Saya pun mahu merasai pengalaman kahwin saya sendiri.
“Sudah tentu saya mahukan perkahwinan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, ketika ini belum rezeki saya lagi. Saya bertuah keraja semua orang mendoakan saya bertemu dengan jodoh yang baik,” akhirinya.
Terdahulu, Sherry kini muncul menerusi drama terbaharunya yang berjudul B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit.
Selain Sherry, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Kamal Adli, Nadia Brian dan Emelda Rosmila.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.