Sedar tak sedar kini sudah hampir lima tahun, pelakon yang namanya melojak naik ketika membintangi filem ‘Istanbul Aku Datang’, Lisa Surihani istiqamah berhijab dan menutup aurat dengan lebih sempurna.
Malah, penampilan Lisa yang semakin longgar dan sejuk mata memandang, sejak berhijrah dan semakin ghairah melibatkan diri, menimba ilmu dalam kelas-kelas keagamaan menjadi contoh yang baik hinga meraih pujian para peminat.
Bagaimanapun ketika ditemui MH dalam satu majlis di Ibu Kota, Lisa akui dia agak sukar untuk menerima situasi dimana orang ramai memuji penghijrahannya. Ini kerana, dia merasa msih belum layak untuk menjadi contoh kepada orang ramai, kerana masih banyak yang perlu dipelajarinya.
Menurut Lisa, sejak mulai mengenakan hijab, dia menjadi sangat takut dengan berbagai hal. Oleh itu, tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima banyak pujian.
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka,
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
Ads
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Isteri kepada pengarah filem Malaysia, Datuk Yusry Abdul Halim itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
Ads
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Tidak Lagi Terima Tawaran Lakonan, Lisa Fokus Bidang Pengacaraan
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab. Namun, dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
Ads
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin ada memuat naik gambar Pengarah Urusan, Air Asia Sdn. Bhd, Tan Sri Tony Fernandes di akaun Instagram miliknya.
Memurut PU Amin, foto tersebut memperlihatkan Tony sedang membaca kitab Syamail Muhammadiah yang merupakan buku hadis lengkap menceritakan mengenai keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.
“Tony Fernandes sedang membaca dan memahami terjemahan buku ‘Syamail Muhammadiah’.
“Buku Hadis yang lengkap menceritakan tentang akhlak, kehidupan dan cantik nya penciptaan Baginda Rasulullah Saw.
“Semoga Allah membuka ruang padanya untuk berkenalan dengan Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w,” tulisnya.
Tambah PU Amin lagi, dia berharap agar foto tersebut dapat menjadi iktibar buat semua pihak untuk turut sama mempunyai minat untuk mendalami ilmu sirah Rasulullah itu.
“Semoga kita semua dapat belajar dari foto ini.
“Mengenal dan mencintai Rasulullah Saw adalah pengalaman yang cukup indah.
“Ya Rasulullah Akhlak Mu cukup indah Ya Rasulullah kami rindukan Mu,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh PU Amin selain turut memuji sifat ingin tahu yang dimiliki oleh Tony Fernandes.
Sumber: Instagram PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Raja Ilya dilihat sekali lagi naik pelamin bersama suaminya, Trent Garrett. Malah, keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi khas di Singapura bersempena dengan satu program jualan di sana.
Berkongsi beberapa keping foto indah sekitar majlis, bintang tinggi lampai berusia 34 tahun itu turut menulis kapsyen romantik buat tatapan peminatnya.
“Kami kahwin lagi kali ni dekat Singapore pulak. Nak kahwin setiap Tahun semua negeri laa. Location : Singapore Expo Hall 6 Booth L2,” tulisnya menerusi salah satu foto yang dikongsi.
Terdahulu, pasangan ini turut menganjurkan majlis resepsi yang turut dihadiri rakan media di Magika Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang 19 September tahun lalu.
Raja Ilya dan suami berkahwin di Perth, Australia dan ia dilangsungkan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.
Selebriti terkenal, Nur Fazura tidak menafikan dirinya kini menjalani kehidupan lebih tenang dan bahagia menguruskan kerjayanya dan cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.
Bagaimanapun, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata dia bukan bermaksud riak mahupun menunjukkan kebahagiaan, tapi ia luahan ikhlas daripada hatinya.
“Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang. Saya bersyukur kepada Allah,” katanya.
Fazura berkongsi perasaannya itu selepas selesai prosiding merekodkan perjanjian hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pagi tadi.
Dalam pada itu, Fazura turut mengakui, dia menolak tepi segala kritikan dan kecaman yang diberikan susulan pendedahannya selepas bercerai dengan Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.
“Tidak mengapa, saya tenang sahaja. Terserahlah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya antara saya dengan Allah,” katanya lagi, lapor Harian Metro.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari pada 7 Oktober.
Pasangan itu berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan Nur Fatima Aisya.
Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan karier seninya di Indonesia, Fazura berkata, temu bual dijayakan di sana sudah lama dirancang dan mengharapkan yang terbaik untuk kariernya selepas ini.
“Itu sebenarnya sudah lama dirancang, jadi saya ikut sahaja urusan kerja yang sudah ditetapkan.
“Dekat mana pun, saya bersyukur atas rezeki yang Allah bagi. Perancangan saya hanya mahu menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.